Cinta yg Haq..




apa akan jd bila kita terlalu mengharap kpd sesama makhluk ataupun manusia? & apa akn jd biler kita tidak dihargai oleh mrk? w/pun kita bergadai nyawa di bdn demi kesenangan mrk.....

jwpnnya sudah tentulah hati yg patah, kesedihan yg bakal menimpa diri kita krn tidak diendah, tidak dihargai, tidak diingati & mgkn juga tidak begitu disayangi oleh keluarga, teman2 & org2 atasan...

apakah jln penyelesaian bg menyingkap kemelut ini? kemelut perasaan anak Adam yg x pernah berkesudahan.. perasaan sememangnya sensitif, mudah dicuit, mudah terhiris, mudah terluka & mudah berdarah...

aku kini meniti usia yg semakin banyak. 1 ketika & waktu dahulu, aku menangis apabila ibuku memarahi aku krn kesalahan adik beradikku yg lain, aku juga kecewa apabila kebanyakan pertlgn serta jasa baikku tidak dinggati oleh keluargaku, aku mudah tersinggung apabila kwn2 ku mengherdikku, menyindir atau memerliku.

kini di dlm usia ku yg semakin meniti ke ufuk senja, aku latih hatiku mengharap & menyintai Allah semata2.. aku cuba pupuk & semaikan dlm hidupku Allah yg paling utama & x ada apa2 yg akn bole mengambil kedudukannya sbg no 1 di dlm hatiku. manakala kekasihNya yakni Muhammad SAW aku letakkan di kedudukan nombor 2.... & manusia2 di sekelilingku aku letakkan no 3.

aku masih dlm proses berlatih. ttp aku bersyukur ke hadrat Illahi, kini aku bole tersenyum apabila ibuku memuji2 kakakku & lgsg tidak menyebut jasa2ku, kini aku juga bole ketawa apabila aku dikasari atau dihina org2 di sekelilingku. pendek kata, apa yg mrk lakukan kpd aku, susah hendak menjd kudis. namun sbg seorg manusia, aku tetap terluka, bohong jika aku katakan aku tidak terluka.. tp luka itu akn segera sembuh selepas aku menyebut namaNya, & slps aku serahkan diriku hanya kpdNya. aku pohon dariNya kekuatan bg menghadapi kemelut perasaan yg sentiasa bergelora ini, aku dindingkan telingaku dari mendengar hasutan2 tentera2 iblis yg mahukan aku tersungkur dsbbkan kurangnya cinta manusia terhadapku.. & hanya Zat yg maha Agung sahaja yg melindungi aku dari semua itu...

pendek kata, tidak dpt tidak cinta Qudus adalah cinta abadi, yakni cinta yg dibawa smpi ker mati, maka kejarlah cinta itu... cinta manusia hanya sementara hatta saudara sedarah & sedaging... jgn terlalu bergantung kpd cinta sesama manusia, itu semua hanya sementara, adakalanya seorg ibu sanggup meninggalkan anak, seorg bapa juga sanggup membiarkan anak2 kelaparan, adik beradik sanggup bercakaran & berdendam,kenapa ini terjd? jawapannya mudah... krn itulah cinta manusia, sememangnya x sempurna..jika sempurna sekalipun tetap bersifat sementara & hanya pinjaman semata2..

maka kejarlah cinta yg abadi & hakiki...

Comments

Popular Posts