Luka yg melukai

hari ini aku mahu berbicara mengenai perasaan, yang terluka. kebiasaannya kita terluka dsbbkan manusia. aku akui hakikat kebenaran perkara ini.
aku mahu berkongsi kisah kedukaanku, yg melampaui batas, yg diakibatkan makhluk Allah yg bergelar kaum Adam.
kisah ini berlaku sekitar thn 1998. sebelas tahun yg silam. lelaki ini aku kenali sejak kecil. kami juga membesar bersama. takdir menentukan kami terpisah bagi menjalani kehidupan masing2. apabila kami bertemu kembali, dia sudah menjadi seorg lelaki yg sempurna, beragama & memegang amanah menyebarkan agama Allah bersesuaian dgn ilmu yg dipelajarinya selama ini.
aku akui aku menyimpan perasaan terhadapnya. aku mula mengorak langkah berusaha bg mendekatkan diri & perasaanku terhadapnya setelah kwn2ku menasihatkan supaya berusaha mendekatinya. maklumlah jodoh tak akn dtg tanpa berusaha & mencuba. antara ikthtiar aku ialah mendapatkan nombor telefonnya, & ada juga aku memanjatkan doa memohon Allah merestui usahaku. tapi waktu itu aku mempunyai hubungan yg amat sedikit dgn sang Khaliq. hanya setakat solat lima waktu yg mmg aku tak pernah tinggal. lain2 mmg tak ada. Al-Quraan? seminggu sekali kalau nasib baik aku bc surah yaasin.. kalau x aku lebih gemar biarkan kitab itu berhabuk atas almari.
aku memasang angan2 bagaimana nanti sekiranya aku bergelar isteri kpd lelaki ini. yg nyata byk ilmu Allah bakal aku pelajari. maklumla.. dia seorg yg bergelar Ustaz. ada juga aku terserempak dgnnya di bandar kami yg kecil nie, aku berani menegurnya krn aku membesar di dpn matanya, jd sepaling kurang aku ada sbb untuk beramah mesra. dia pula apabila aku menegurnya dia akn memandangku dgn senyuman & pandangan mata seolah2 masih lg melihat seorg budak kecil. dlm erti kata yg lain... dia melihatku sama spt aku ini adalah adik2nya. aku dpt merasakan... krn ramahnya kpdku sama spt ramah seorg abg kpd adik... sdgkan aku melihatnya bkn sbg seorg abg... aduh..
tp aku x putus asa. aku usahakan pergi ke rumahnya, kebetulan ibunya mmg sygkan aku. maklumlah aku juga turut membesar di depan ibunya. bagi aku ini sudah baik.. seolah2 "lampu hijau"... lg pun mmg aku tak pernah dgr apa2 berita pun berkenaan lelaki ini ada pasangan atau calun isteri.. aku tetap akn mencuba..manakala lelaki ini pula bila kami bertemu mmg cukup suka mengusik aku dgn gurauannya, aku makin terhimpit dgn perasaan..
pd satu hari yg baik, aku sedang memandu kereta, rumah lelaki pujaanku ini aku lalui sebagaimana lazim.. tiba2 aku lihat khemah dipasang, & aku nampak ramai org bertandang. aku tidak syak apa2. hanya selepas itu lah aku dgr berita lelaki pujaanku itu td tlh selamat melangsungkan pernikahan. aku rasakan bagai ditampar, muka ku pucat krn tidak dpt menerima berita yg aku dgr ini. dunia ku rasakan berpusing & mataku berpinar, aku menjerit sekuat2nya di dlm hati & aku menangis...
mmg benar, lelaki itu td tlh selamat bernikah. isterinya tidak pernah dikenali, tidak pernah bercinta, krn dia minta pertlgn keluarganya sahaja mencari calun isteri. bila dh berjumpa, mak ayah dia bersetuju, maka dia pun sama, maklumlah dia seorg anak yg soleh, isterinya pula bertudung labuh & seorg anak yg solehah.. aku kecewa yg teramat sgt.. barulah aku tahu, di rumah lelaki itu aku diterima, tetapi aku diterima sbg darah daging, mrk menyayangiku sbg keluarga... sdgkan aku baru sahaja mahu mengorak langkah..
aku kecewa & putus asa. aku mempersoalkan takdir yg menimpa aku. kenapa Allah tidak izinkan aku menjd milik lelaki itu? kenapa dan kenapa? persoalan itu terus menyerangku. aku menderita yg teramat sgt, aku menangis setiapkali teringatkan lelaki yg aku sayangi itu. aku tetap membygkan sekiranya dia yg berkahwin dgn aku. aku cuba lari dari kemelut ini. aku habiskan masa dgn kwn2ku, tp hiba tetap ada, azab makin menyeksa.
paling seksa bila malam menjelma, ketika aku mahu tdo...masa tulah aku rasa bagaikan nak mati, teringatkan lelaki pujaanku dh bertemu jodoh. aku menangis semahu2nya.. masa itulah aku terpk.. Allah x adil kpdku. sudahlah abah aku diambilnya sewaktu aku masih bayi, kini Allah ambil pula lelaki pujaanku.. x henti2 aku menangisi nasibku.. aku ralat & kesal krn aku gagal dlm misi ku..
akhirnya aku dh x berdaya nak melwn ini semua. aku bertemu kwnku, seorg ustazah. aku ceritakan kpdnya serba sedikit smbl meratap menangis krn manusia yg bergelar lelaki. ustazah itu diam mendengar kisahku. setelah itu dia berikan aku peluang menangis semahu2nya. kpdnya juga aku persoalkan Allah yg banyak mengambil hak milikku. & akibatnya aku menderita. x spt org lain..
aku seolah2 berdendam dgn Allah SWT krn menjdkan aku anak yatim. kemudian lelaki pujaanku pula dikahwinkan dgn org lain... bagi aku mmg salah Allah...
ustazah tmpt aku mengadu td minta aku lakukan solat hajat, & bykkan membaca Al-Quraan... katanya itulah ubat yg sebaik2nya.. aku hanya diam krn aku dh putus asa.. aku dh x ada tmpt lg.. dia minta aku lakukan itu semua. aku beritahu dia yg aku x pandai mengaji, jd aku minta dia ajar. dia setuju. maka aku belajar dgn ustazah tersebut sedikit demi sedikit w/pun x byk krn dia sememangnya sibuk..
ada 1 ketika, waktu bekerja, aku ambil air sembahyang & aku ambil Al-Quraan aku mencari tempat tersorok, aku pun membaca 1 surah. waktu tu aku x tau apa yg bole membuatkan aku membc dgn suara yg lancar & seakan2 berlagu, tp aku cukup suka saat itu... maka aku teruskan membc surah tersebut. habis 1 surah aku bc... menangis aku. yg peliknya, aku mmg tersekat2 bila membc, tp kali ini aku bole membc dgn lancar.. & berlagu pula... & waktu itu pula aku rasakan dadaku dicuci & seolah2 divakum sehinggakan segala kesesakan aku sebelum ini habis keluar & dadaku menjd ringan yg teramat.. ketika itu rinduku kpd lelaki pujaanku td juga berkurangan.. tp aku tetap rindu.. rindu pd siapa?
aku tertanya2.. tp yg pasti aku benar2 rasa diubati. aku pandang naskah Al-Quraan yg aku pegang, air mata aku mengalir bercucuran... saat itu aku tahu, aku tlh bertemu dgn penawar segala penawar.. kekasih yg hebat melebehi segala kekasih yg ada di mukabumi ini, malahan lebih hebat dari lelaki pujaanku itu td..
aku balik ker rumah & aku melakukan solat sunat, Al-Quraan aku bc w/pun agak merangkak2. selepas aku lakukan ini semua, dadaku semakin ringan... aku x buang masa, aku lakukan rutin ini semua setiap hari. makin lama aku rasakan aku semakin kuat, lelaki itu hilang dari diriku. malahan aku bahagia tgk dia bersama isterinya, & bila aku memandangnya, aku memandangnya sbg seorg abg..
aku sembuh krn aku pergi ker hospital yg betul. aku sembuh krn aku mendptkan rawatan dr Doktor yg kepakarannya tiada terbatas, ubat2an yg diberinya adalah penawar kpd segala penawar.. & plg penting, aku berjaya bebaskan diri aku dari belenggu cinta ini setelah aku serahkan cintaku kpd bkn sesama makhluk...ya.. setelah aku serahkan diriku kpdNya, aku bertenaga & mampu melupakan kesengsaraanku. simptom sakit hati, kepayahan, rindu menanggung asmara Doktor yg gagah perkasa ini tlh ubatkan dgn penawarnya yg menusuk bkn hanya segenap uratku, malahan seluruh batinku, jiwaku. antibiotik disuntikkan ker pembuluh darahku, maka tahulah aku, cinta kpd manusia yg berlebih2an memberikan aku penyakit, tetapi cinta terhadap Tuhan, menyembuhkan penyakit...
inilah kisahku sebelas thn yg lampau... yg kini aku letakkan dlm khazanah lipatan sejarah & menjd bukti kpd sebab musabab penyakit manusia. maka carilah penawarnya...

Comments
Post a Comment