jalan menuju bahagia w/pun meniti derita..

bila hati terluka, ke manakah harus aku pergi? lazimnya aku mengadu kpd Tuhanku yg 1. atas sejadah aku duduk, sujud, angkat tangan berdoa memohon agar dihapuskan segala dukacita.
aku sukar bercerita masalah aku dgn kwn2. bkn nak katakan aku gagah berani menghadapi masalah sorg2.. tp itulah aku, sbb slps aku habis mengadu kpdNya, aku rasa masalah aku dh selesai.
aku gunakan pendekatan, aku x akn terluka dgn manusia. & apa2 masalah yg aku hadapi, aku percaya kpd jln bkn permusuhan. krn aku percaya Allah akn membela aku, sekiranya aku berada di pihak yg benar.
nasihat aku, biler kita berhadapan dgn masalah yg melibatkan manusia, jgn terlalu letakkan mrk di dlm hati, jiwa & perasaan. sebaliknya selesaikan masalah itu dgn zikrullah, ambil wudhuk, dirikan solat hajat selepas itu bc lah surah Yassen. berdoalah mohon Allah hilangkan segala dukacita, sekiranya hati kita terluka dsbbkan org, serahkanlah org itu kpd Allah. & mintalah Allah tunjukkan kebenaran kita, sekiranya kita berada di pihak yg benar. yg penting, jgn sesekali kita putuskan silaturrahim.
aku pernah dilukai oleh seorg kwn, air mata ku mengalir sayu mengenangkan perbuatannya, melwn kata2ku, mengingkari nasihatku. mmg aku terfikir meninggalkannya & memutuskan persahabatan kami, tp apakan daya, perbuatan itu dilarang. maka pilihan ku yg ada hanyalah "berlari" mendapatkan Allah. kpdNya aku mengadu kehibaanku, & juga perbuatan kwnku. kpdNya aku serahkan kwnku itu, kepadaNya jugalah aku pohon agar kebenaranku di tunjukkan. akhirnya jiwaku tenang, & yg plg penting, tiada permusuhan terjd. aku yakin jika aku berada di pihak yg benar, kemenangan akn berpihak kpd aku. & kebenaran akn terserlah.
semoga aku terus tidak jemu mengharapkan kasih sygNya, cintaNya, rahmatNya, pertolonganNYa, & kebahagian itu adalah dengan menggingatiNya.... Takbir..

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete