Barley....



aku meghidap penyakit kencing tak lawas. maka aku mengambil alternatif merebus barley. kali ini aku merebus barley cina yang dikirimkan oleh seorang sahabat dari ipoh. airnya ku minum panas-panas kalau perlu aku tambahkan sedikit gula. aku ada terjumpa di internet tambahkan lagi perahan limau nipis.. tapi aku sellau terlupa membelinya. maka hanya gula alternatif aku, dan kadang-kadang langsung tanpa pemanis, bagi aku cukuplah untuk mencuci pundi kencingku. itu sudah memadai. hasilnya bagaimana pula? semalam aku kencing aku lihat air kencingku putih jernih yang teramat sangat... tak macam air kencing pun... seronok pulak aku tengok! tapi masih awal untuk aku mengetahui keputusannya, namun sekarang pun sakit itu dah berkurangan. Alhamdulillah...




nak dijadikan cerita... airnya aku tak jemu-jemu minum. manakala bijinya pula yang sudah kembang cantik dan comel itu aku makan dengan kuah nasi impit yang kakak aku masak.. memandangkan aku memang pantang dengan nasi, aku memang alergik dengan nasi maka aku makan biji barley yang sudah masak itu. aku toskan dan aku isikan ke dalam mangkuk comel dan aku tambahkan kuah nasi impit... Masya-Allah lazatnya, mgkn selepas ini kalau barley tidak menganggu dietku, aku akan menggantikan barley dengan nasi insya-allah...

kepada sahabatku, terima kasih aku ucapkan atas kiriman barley cina ini, cantik dan berbeza dari barley biasa. aku doakan dia murah rezeki, ceria selalu dan bahagia sepanjang masa bersama keluarganya... muchas gracias amiga!!!

Comments

Popular Posts