buat teman tersayang... Allah sentiasa ada untukmu..



buat temanku yang tersayang...

masih ingat kah lebih kurang tiga tahun lepas aku hadir ke dalam hidupmu? di waktu aku sedang memerlukan rumah baru untuk berteduh. dan juga di kala aku di buru kejahatan yang mencengkam akibat dari penyakit Qolbu manusia di sekelilingku.

aku masih ingat... tanggal 30hb Nov 2006 aku mula mengetuk pintu mu. dan engkau tanpa silu menerima dan menyambut kedatanganku. di saat jari jemariku ini menulis bait demi bait perkataan ini, hatiku rasa lucu, gembira serta sayu akibat digamit memori pertemuan kita dan juga kisah-kisah kita sewaktu berteduh di rumah kita yang kini sudah berkubur.

tetapi temanku.. walaupun teratak kita itu telah berkubur... persahabatan kita tetap utuh. kau sentiasa hadir dalam diriku ini dengan izin Allah.. kenapa aku katakan begitu? di kala aku bersedih kau menemankan.. kata-katamu menjadi perangsang mindaku. di kala aku sakit kau tak putus-putus mengirimkan penawar. dan kau juga meriaskan wajahku dengan hasil jualanmu.
dan kini kau sedang berduka. dukamu duka ku jua. tak aku rela kau berduka bersendirian. tetapi percayalah teman ku yang tersayang.. kau tidak pernah sendiri. walaupun kau tidak "diterima" oleh darah dagingmu, kau ada keluarga bahagia yang menjadi tunjang mu. juga teman-teman dan yang paling penting.. Allah tuhan kita sekalian alam.

sujud dan mengadulah kepada dia. sesungguhnya Dia adalah zat, penawar yang maha Agung buat kita. tentang manusia-manusia yang melukakan kita biarkan mereka. nama mereka adalah insan, susah tentu mereka tidak sempurna. atas dasar itulah mereka terlalu mudah merobek hati dan perasaan kita. maafkanlah mereka, letakkanlah mereka di luar pemikiran, dan serahkanlah mereka kepada Allah.. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita dan mereka.. tetapi percayalah... air yang dicincang tak akan putus.. carik carik bulu ayam akhirnya bercantum juga...

wahai temanku.. aku akan sentiasa menyayangimu, namun sebagai seorang manusia sudah tentu aku juga punya kelemahan, maka ambil lah kasih & sayangku ini sebagai sementara, selagi Allah izinkan kita bersama, aku akan menyayangimu dan bersamamu, tatkala Allah menginginkan perpisahan kita, maka kita terima dengan redho. di sini ingin aku berbicara maksud nya yang lebih lanjut dan terang.. kasih sayang manusia adalah sementara, kasih sayang yang kekal, abadi lagi haqiqi ialah untuk Dia... letakkanlah Allah dalam hati, maka tidak akan ada ribut yang boleh menenggelamkan kita.

aku tahu kau seorang yang tabah... aku mahu melihat kau tersenyum. aku mahu melihat kau tertawa.. jadikan dugaan yang sedang kau lalui sekarang sebagai bahan tawamu kerana ia akan membuatkan kamu ketawa di akhirat, jika boleh mungkin di jannah... kerana dunia ini adalah syurga orang-orang kufur, neraka bagi orang mukmin.. kerana itulah kita akan sentiasa diuji dan menderita. semoga kita derita di dunia, bahagia di akhirat mendengar salam dari Allah SWT.. kejarlah Dia temanku.. kejarlah Dia.. jangan berhenti berlari untuk mendapatkan Dia.. kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada untukmu...

salam kasih sayang penuh rindu untukmu...

* ditujukan untuk seorang wanita yang ku sayangi, seorang teman dan sahabat... kami pernah berlindung bersama di dalam sebuah teratak...seorang isteri & seorang ibu kepada 3 putera... aku doakan kalian bahagia dan dirahmati Allah SWT...

Comments

  1. so glad i found my way to you
    entangling my self to our friendship net
    caught me in your undivided love, forever i hope, Insya-Allah,
    and for unable to depart your soul that embedded deep in me.
    thank you my friend, for the love, for the cares, for the time, for the memories years to come.

    ReplyDelete
  2. sama-sama mila.. suka & duka kita harungi bersama semoga kita berjaya mendapatkan keredhaanNya dalam persahabatan kita...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts