leka yang tidak akan lena... Insya-Allah


aku akui mungkin kau tercipta untuk ku. tetapi aku lebih gemar menyerahkan perkara ini kepada Allah Tuhan sekalian alam. walaupun wajah cantik milik mu itu sentiasa hadir di dalam hidup ku, tetapi aku tidak mahu leka menatapnya kerana jika itu yang terjadi, aku pasti berasa malu. malu kerana aku telah meletakkan engkau, manusia biasa yang juga bergelar Adam di hadapan sedangkan kau bukanlah tandinganNya.

maafkan aku jika aku mengakui di sini, aku menyayangi dirimu, tetap aku lebih mencintai Allah. dirimu jatuh nombor 3 di dalam hidupku. jadi walaupun adakalanya aku leka menatap wajahmu dan melayan perasaan ku, tetapi leka itu tidak akan melenakan aku.

bila wajahmu ku tatap, aku berzikir kepadaNya, kerana ciptaanNya terlalu cantik yakni wajahmu yang mana kalau Dia izinkan akan menjadi milik ku yang sementara. pendek kata, aku tidak taksub dengan cinta mu itu. dan aku jadikan dirimu itu sebagai jalan untuk aku mendekatiNya. kerana melihat kepada mu membuatkan aku sujud kepadaNya dan ingat akan kebesaranNYa. sesungguhnya wahai kekasihku, Dia terlalu cantik... lebih cantik dari percintaan kita.. dan maaf sekali lagi ku pinta.. kau bukan tandinganNYa..

dan tolong.. jangan kau terasa hati atau tersinggung wahai sayangku apabila cintaku pada mu adalah dengan batasan, kerana aku lebih mencintai Allah tuhan kita yang satu..

berdoalah semoga kita diikat dengan ikatan. jika tidak.. aku pasrah dan mungkin pertemuan kita akan diikat di akhirat nanti wahai sayangku..

" Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia, Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada Allah , Nur Muhammad SAW)"

Comments

Popular Posts