Mamak part 1

satu hari yang cantik aku ke kedai makanan mamak yang biasa aku kunjungi. Rashid, pemilik restoran itu yang juga seorang mamak bertanyakan aku satu soalan yang aku cukup gemar dan aku ingat sehingga ke saat ini.
dia bertanya kepadaku " awak tak bosan?" aku terkebil-kebil dalam mencari jawapan. lantas aku bertanya kepada Rashid bosan kerana apa? Rashid menerangkan kerana aku tidak berkawan. aku tertawa selepas aku memahami maksud Rashid yang wajahnya ala-ala pelakun tambahan filem hindustan.
lalu aku menjawap dengan senyuman " Uncle Rashid... saya tak bosan, Allah kan ada?" mendengarkan jawapan aku wajah Rashid menjadi riang dan dia tertawa bersama unsur-unsur kejutan dalam wajahnya.. dan aku menambah lagi " Bila Allah ada dalam hati kita, kita tak akan bosan, tidak akan pernah bosan.." Rashid terlalu bersetuju dengan kata-kataku..
aku sehingga kini tetap tertawa meninggatkan pertanyaan Rashid... kerana pertanyaan yang juga soalan itu benar-benar menjadi inspirasi bagi aku untuk tidak berhenti dari mencintai Allah dan bertemankan Allah dan sentiasa menyebut namaNya yang agung...
Masya-Allah... sesungguhnya Dialah Zat yang agung, menyebut namaNya sahaja mengubat segala kesakitan dan sesungguhnya kerana Dia sentiasa menemaniku, maka aku terselamat dari kebosanan dan kesunyian walaupun aku tiada manusia yang bergelar lelaki di dalam hidupku..
dan sesungguhnya juga, aku ketandusan kata-kata untuk menggambarkan keagunganNya... kerana Dia tiada bandingan... TAKBIR!!!

Comments
Post a Comment