menjunjung takdirMu...

aku percaya kepada kekuasaan Allah melebihi segalanya. aku bersyukur ke hadratNya kerana menjadikan aku seorang wanita yang berusia 35 tahun tetapi masih belum bersuami... kenapa? kerana aku memperolehi pengalaman yang tak semua orang ada, iaitu pengalaman menjadi seorang anak gadis yang lanjut usia, anak dara tua atau singkatan untuk kedua-duanya Andalusia / Andartu.
kecewa? hipokritkah aku jika aku tulis di sini aku tidak kecewa? itulah jawapan jujurku. jika aku kecewa, bermakna aku kecewa dengan Allah SWT. tak risaukah aku menjadi seorang andalusia? jika aku risau, bermakna aku seorang yang tidak bertuhan....kerana aku tiada keyakinan kepada takdir dan ketentuanNya.

tak semua orang ditakdirkan Allah menjadi seperti aku, maka aku ambil kesempatan ini sebagai satu proses pembelajaran dalam mengenal apa itu Qada' dan QadarNya. Alhamdulillah aku ucapkan dan aku terima seadanya apa sahaja yang ditakdirkan. tetapi jangan salah sangka pula, sebagai seorang Islam, aku telah lakukan apa yang sepatutnya, berusaha, berikhtiar dan akhir sekali bertawakal. tetapi Allah masih mengujiku, maka aku terima ujian itu dengan hati terbuka kerana keredhaan Allah lebih penting bagiku.

paling manis dan menyeronokkan aku sepanjang meniti hidupku sebagai seorang andalusia ialah apabila aku dihina, dikata dan dipandang rendah oleh orang. sampaikan ada yang mengeluarkan kata-kata " dah tua tak kawin-kawin", " dah nak menopos baru nak ada anak", " dah tua nanti tak ada siapa nak jaga", " adik dah bertunang, awak apa ada?".. aku seronok sungguh mendengar kata-kata dari manusia yang lupa Qada' dan Qadar Allah... kerana kata-kata itulah yang menguatkan lagi kepercayaanku kepada tuhanku, Allah SWT.
demi takdirMu, demi Qada' dan QadarMu, demi Engkau wahai Tuhanku.. aku rela dihina oleh statusku ini. kerana sesungguhnya statusku ini adalah datangnya dariMu. walaupun aku tidak layak duduk sebaris dengan kekasih-kekasihMu, aku rela dihina kerana menjunjung takdirMu...
Takbir...

Comments
Post a Comment