aku dan dvd..

semalam aku menghabiskan masa dengan menonton dvd. aku tak melayari net memandangkan telefon aku rosak. langsung tak ada bunyi. antara dvd yang aku habiskan ialah filem inggeris, Pretty Woman, 13 hour in the warehouse, dan sebuah filem melayu yang bertajuk sepi. lepas itu aku melabuhkan tirai dengan tidur...

pretty woman sebuah filem klasik 20 tahun lepas. aku gemar menontonnya memandangkan kisah cintanya yang terlalu menarik. 13 hour in the warehouse pula filem seram, maklumlah aku memang hantu filem seram. filem sepi ialah sebuah filem melayu yang memang cantik dari segi pembikinan. bravo!!!

esok aku dah masuk kerja. pagi aku bekerja. petang aku habiskan kerja-kerja aku yang terbengkalai nanti dengan cara membawa balik fail-fail yang wajib aku sempurnakan di rumah dan bereskan di rumah. selepas itu mungkin aku akan keluar untuk membeli juadah makan malam aku dan sekaligus ke CC untuk melayari net macam yang aku buat sekarang.

Januari bulan permulaan aku bekerja. aku berdoa semoga aku kuat dan rajin menjunjung amanah Allah ini..

hi sis.. alahai.. siannya akak.. hope ur fon line will be ok soon.. akak take care ya.. slmt mula bekerja smula utk thn 2010.. miss u & lurve u!!!
ReplyDeleteHappy New Year, dik. Moga tahun ni lebih success dan bahagia.
ReplyDeletefara,
ReplyDeleteyer sian kan? doa2kan la my line kembali sihat. kao x mati kutu la.. miss u 2 n lurve u as always..
kak intan,
same 2 u yer.. happy new year 2010... moga lebih sukses dan semoga kebahagiaan menjd milikmu...