Subhanallah...indahnya...

Subhanallah... 4 hari lamanya telefon aku mati, aku mendapati 1 perkara. iaitu aku terlalu merindui teman-temanku di internet.
betapa Allah terlalu berkuasa dalam menentukan dan mengaturkan segala-galanya. buktinya, aku dan teman-teman netku bertemu tanpa wajah, berkata tanpa suara tetapi kasih dan sayangku terhadap mereka sama sahaja seperti kasih sayangku kepada teman-temanku yang nampak depan mata... Masya-Allah betapa cantiknya kejadianMu wahai Tuhanku... dan hasilnya? aku merindui mereka..
mujurlah ada zikrullah peneman jiwaku sepanjang aku mati kutu. aku tak henti-henti berdoa semoga Allah memudahkan urusanku, mengatasi permasalahanku dan semoga segala urusanku juga menjadi normal kembali, termasuklah talian telefonku.
ternyata aku tidak bersendirian dan juga tidak pernah sunyi... terima kasih Allah kerana mengurniakan aku kemudahan-kemudahan ini yang membawa aku kepada persahabatan di alam maya yang membuahkan teman-teman yang aku kasihi atas namaMu.

demi kesucian sebuah ikatan yang bergelar persahabatan, akan aku cuba sedaya upayaku menjaga perhubungan ini. semoga berkekalan... dan semoga aku kembali lagi bersama mereka kelak... Amin..

Hi sis..i keep visiting ur blog & FB to get your update.. really miss u soo much...insyaallah, esok ur fon line shud ok sis..hows ur new student? anyway, take care sis.. lurve u!!!
ReplyDeletebad news.. mrk kata mrk dh baiki, tp line masih x ada.. :(
ReplyDeleteerm..sis. sama la mcm fara nye line tipon aritu.. kena sll call 100 n kasik gertak sikit..huhu
ReplyDelete