tahun baru?


Selamat tahun baru.... yang sebenarnya aku tak pernah menyambut tahun baru. bagi aku tak ada apa untuk aku sambut. tahun tetap akan berubah sepanjang zaman. jadi itu adalah perkara biasa. walaupun hari ini, adalah tahun baru, bagi aku hari ini adalah hari biasa sama seperti hari-hari yang lain. 2010? hanyalah angka...

walau bagaimanapun... aku ambil angka yang baru berubah ini untuk satu perubahan, demi kepentingan diriku sendiri. aku akan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. matlamat aku ialah menjunjung dan memegang amanah Illahi. apa sahaja amanahNya, kali ini tak aku perlekehkan. antaranya ialah pekerjaanku, keluargaku paling penting amal ibadatku.



aku akan cuba yang terbaik untuk memperbaiki hidupku sebagai seorang Islam, aku akan berusaha membaiki mutu kerjayaku sebagai seorang pendidik, aku juga akan berusaha menjadi anak yang baik untuk keluargaku tercinta. bagus juga begini, walaupun pada hakikatnya aku memang tak suka menyambut tahun baru, tapi setiapkali angka berubah aku akan cuba mengubah diriku sendiri ke arah kebaikan.



semoga aku berjaya.. aku memohon kekuatan dari Illahi. semoga aku kuat, tabah dan terus berjuang ke arah kebaikan. Allah adalah matlamatku, akhirat hala tujuan ku, dunia adalah tempat aku memikul tanggunjawab sebagai hambaNya. cintaku? cintaku tetap cinta Qudus... yang terlalu istimewa hanya untukNya...



semoga tahun ini cinta Qudusku semakin menyemarak dengan api keimanan, kerinduan, ketaksuban yang tidak berbelah bahagi hanya kepadaNya...

Takbir...

Comments

Popular Posts