Abah.....



satu ketika, waktu itu aku masih bergelar kanak-kanak.umur aku pada waktu itu mungkin sekitar 4 tahun. aku melihat emak aku bersiap-siap dan aku sendiri pun disiapkan. aku memang suka memerhatikan orang tua bersiap-siap. maklumlah budak-budak...

aku tanya emak, bersiap-siap hendak ke mana? emak jawap nak pergi lawat kubur abah. aku diam. aku tak faham dua perkara... iaitu kubur dan abah.. apa kah bendanya abah dan kubur?

aku pun mula berfikir sendiri, kubur mungkin tempat orang ramai, abah pula mungkin tempat atau kawasan. hari itu adalah hari pertama aku mendengar perkataan abah. dan maksudnya pun aku tak tahu. aku dibawa ke sebuah kawasan perkuburan islam. aku dapat lihat banyak batu yang dicacak-cacak dengan bentuk yang lebih kurang sama.



emak dan yang lain-lain berhenti di sebuah kubur yang juga ada batu cacak. emak dan keluargaku yang lain bertahlil dan membaca apa yang patut, sementara aku terus memerhatikan kubur yang ada di depan aku. emak kasi tahu aku itulah kubur abah. tapi abah itu apa? aku masih tak tahu. aku berkira-kira hendak mengajak seorang kakak sepupu aku tidur di atas kubur itu nanti dan main pondok-pondok. emak minta aku tadah tangan aminkan doa untuk abah. aku buat sahaja walaupun aku masih tak tahu apa itu abah. kemudian kami pun ramai-ramai pulang.



untuk budak seperti aku pada waktu itu, memang susah nak faham perkataan yang tidak ada "contoh" di depan mata. aku memang tak tahu apa itu abah. kubur aku sudah mula faham sebab dah ada depan mata. tapi abah? aku tanya emak abah itu apa? emak kata abah itu ayah aku, aku tanya mana abah? emak kata abah dah meninggal, abah dah tak ada, abah dah mati. aku diam sahaja sebab aku tak faham apa benda yang dimaksudkan dengan mati.

kisah aku di kubur dan pertanyaan aku tentang apa itu abah sehingga sekarang aku simpan dan ingat. bagi aku tika dan saat itu adalah anugerah Allah. aku mengaku aku memang tak kenal abah, tak ingat langsung abah. suaranya pun aku tak pernah dengar. abah meninggal waktu aku berusia setahun. jadi di kala usia ku empat tahun, abah sememangnya asing bagi aku. kesimpulannya, aku celik sahaja mata, abah memang dah tak ada. tapi Allah itu maha adil. diberinya aku akal untuk berfikir, peristiwa aku bertanyakan emak hendak ke mana adalah titik tolak kepada perkenalan aku dengan abah secara rasminya.



bermula lah kehidupan aku sebagai seorang kanak-kanak kecil yang mula menaakul peninggalan sang abah di sekitar ku. aku ada satu permainan bayi yang sentiasa aku main walaupun dan renyuk waktu itu. nenek selalu mintak aku simpan elok-elok lepas habis main dan nenek kata permainan itu abah yang beli. jadi aku mula panggil permainan ku itu dengan gelaran " permainan abah beli".

tapi waktu itu aku memang tak tahu abah kawen dengan emak. sebab setahu aku, emak aku kawen dengan ayahchik, aku nampak gambar emak dengan ayahchik. bila aku dah berakal, baru aku tahu ayahchik ialah adik boungsu emak. bila aku dah makin berakal, baru aku tahu status aku sebagai anak yatim bila orang kasi aku duit, perkataan anak yatim itulah yang aku dengar mereka sebut. bila aku masuk sekolah, baru aku tahu apa itu abah bila aku tengok kawan-kawan aku keluar dari sekolah abah mereka menunggu sama ada di dalam kereta atau bertenggek di atas motor. manakala aku pula balik sendiri tapi aku seronok tengok pemandangan abah-abah menanti anak-anak keluar dari kelas.

kini zaman itu telah berlalu. aku pun dah semakin senja meniti hari. tetapi sehingga sekarang aku masih tanya emak... kulit abah warna apa. cerah atau gelap? setiapkali kami bertembung dengan mana-mana lelaki, aku akan tanya emak adakah kulit abah segelap kulit lelaki yang kami nampak itu , ataupun di kala kami dua beranak menonton tv. habislah kulit rosyam noor pun aku tanya emak, adakah sama macam kulit abah? emak kata abah berkulit hitam manis. aku sampai sekarang masih tak puas, hitam manis yang macam mana? itu sebab kerja aku sampai sekarang tanya emak, kulit si polan si polan yang kami jumpa adakah sehitam manis kulit abah? kalau emak kata sama, maka aku akan memerhatikan orang itu lama-lama. mungkin itu juga adalah satu saat yang Allah pinjamkan untuk aku... gambar abah memanglah ada, tapi gambar abah semuanya gambar zaman p.ramlee... hitam putih..



semoga abah aman, bahagia dan tenteram di sana... seboleh-bolehnya aku sedaya upaya membahagiakan abah, walaupun kami tak pernah bertemu, tanggungjawab aku kepada abah tak pernah putus. dan walaupun aku pernah menyandang gelaran anak yatim, aku tetap bersyukur dan walaupun abah tak ada untuk membesarkan aku, Allah sentiasa ada menjagaku pagi petang siang dan malam, dulu kini dan selamanya...

Comments

  1. lps tu vee ade abah baru atau sampai tk merase ade ayah tiri ...

    ReplyDelete
  2. x ada. mak x pernah kawen dah. org nk kat dia ramai, kwn2 abah pun ada. tp dia tolak. mgkn dia mmg Allah dh takdirkn hanya sekali berkawen. bab2 kawen nie, also ajal semua Allah tentukn. mgkn Allah tutup pintu hati dia. apa2 pun mak masih ada ngn sy. umur dia dh 60-an. masa dia jd balu, umur dia 30 thn. zmn skrg, 30 thn ada yg x kawen pun lg. tp mak dh jd balu...

    ReplyDelete
  3. salute kt mak vee..
    boleh bertahan sendiri lebih 30 thn ..
    mase awal dia membalu, kire d awal 30han .. mesti lawa lg .. wktu tu agak nye dia terima banyak tawaran atau lamaran dari lelaki utk d jadikan suami dia ...
    tk mudah membesarkan anak sendiri ...
    tp mak vee dah lakukan ..

    cume .... vee tk berpeluang membuli insan yg bernama adik utk membuat kerja2 rumah semase kecik la .... he..he..

    neway ... crite mak vee mcm MIL saye ..
    husband dia pass away mase wf umo 10 thn ...
    ade mase nanti aby cerite...

    ReplyDelete
  4. ermm .. menitik air mata baca terkenang kat arwah abah fara.. smoga roh2 mereka dicucuri rahmat.. AMIN

    ReplyDelete
  5. aby,

    mak kata dia x nk kawen lg sbb dia x nak anak2 dia ada ayah tiri. dia nk habiskn hidup dia ngn anak2. besar pengorbanan mak sy tuh.. x terbalas.

    masa sy kecik, sy yg kena buli. akak n abg jd boss. n yes mmg menyampah tahap gaban kat diaorg masa 2. dh la 2.. smpi hati ckp sy nie anak angkat ajer. diaorg ckp, ayah kandung sy ialah tok batin org asli n tok batin 2 letak sy bwh umah. mak kesian 2 yg amek bela. menangis2 sy masa 2. masa 2 sy baru nk masuk sek rendah.

    fara,

    how r u dear? nasib kita mmg serupa kan? cuma x sama waktu mrk meninggalkan kita. yg pasti, t/jwb kita pd mrk x prnh putus w/pun dh berpisah untuk selamanya. be strong n brave dear n i know u r strong.

    ReplyDelete
  6. sib baik kuli utk dua org .. klu atas ade enam org tk ke haru .. tp sebagai anak bongsu ni ... selalu ketogori anak emak ...
    anak manja la tu ... eleh ... eleh...

    bab kehilang ayah tu mcm vee dan fara .. saye pun dah kehilangan ayah sejak thn 1993.. ade satu peristiwa kt kubur ayah selps kematian nye yg telah mengubah kehidupan saye .. bah kate org ... sekelip mate kau berubahh....

    ReplyDelete
  7. vee, very sad story. i can feel it.

    takecare dear.

    ReplyDelete
  8. anak boungsu lain sy x tau.. tp kalo sy, manja masa kecik2 ajer. dh besor nie terpaksa berdikari, t'jwb byk spt jaga emak & nenek, jaga kebajikan mrk, & juga terpaksa settlekan kerja2 yg ditinggalkan abg n kakak yg sentiasa terbengkalai. emak x berani nk mrh or tegur kakak & abg direct. tp kalo dgn anak boungsu nie... abis dia sembur. manjakah aku kalau begitu?

    kak intan,

    u 2 take care. its okay... even though he is not here with me, but i am blessed with nice ppl around me, frenz tht keep coming here supporting me like u did. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  9. kak.. me too.. testing2 123.. roger2

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts