Nenek....



nenek...

ada ketikanya aku rindukan bayang-bayang nenek, walaupun satu ketika dahulu, bayangan neneklah yang aku elak, aku mintak maaf banyak-banyak kerana takutkan nenek. tapi takut aku takut bersebab.



nenek bersolat di atas bumbung rumah. berpakaian hitam, menutupi tubuh. rambut berwarna putih. memegang tongkat, dan senaskah Al-Quraan. ketika azan, nenek pejamkan mata. nenek menghayati azan, tak seperti bangsa nenek yang kafir, lari bertempiaran kesakitan tatkala azan dilaungkan. kemudian nenek bergerak menuju ke sebuah masjid.



nenek berusia beratus-ratus tahun. nenek lahir di sini. ayah nenek berwarna putih, dan sangat alim. walaupun nenek sudah tua, tapi nenek masih gagah. nenek garang yang teramat, nenek bencikan makhluk yang bukan seagama dengan nenek. nenek cukup suka menyerang apabila nenek terlihat bangsa nenek yang kafir. oleh kerana itu berlakulah pertempuran di antara nenek yang tua yang hendak jadi taleban dengan kumpulan kafirun yang tak henti-henti hendak menyesatkan bangsa aku, anak adam. selalu sangat nenek pulang ke atas bumbung rumah ini dalam keadaan luka. pernah sekali nenek pulang dengan bahu nenek cedera, akibat dilontar bebola api oleh bangsa nenek yang kafir. itulah nenek... nenek hendak sangat mengejar syahid. kalau Allah sudah takdirkan nenek mati atas bumbung, nenek tak boleh nak buat apa-apa juga.



tapi nenek tetap tak putus asa. kerja nenek, tidur.... bila sampai waktunya nenek bangun. nenek solat, nenek cukup suka rumah yang ada bacaan Al-Quraan, nenek bencikan dinding rumah yang ada gambar-gambar di dinding. habis nenek tutup dengan kain putih milik nenek. nenek tak suka, bagi nenek Islam mengharamkan gambar-gambar dari menjadi hiasan dinding. memang sah nenek taleban.

lepas itu nenek akan bergerak, dengan senaskah Al-Quraan nenek kendung, sebatang tongkat nenek pegang, nenek masuk hutan belakang rumah ini untuk memburu syahid. habis mana-mana bangsa nenek yang kafir nenek serang. nenek tak pernah ada belas kasihan kepada golongan ini. nenek serang mereka dengan tongkat nenek. mereka balas dengan lontaran bebola api yang sering membakar bahu nenek yang sudah uzur. tapi nenek apa peduli? walaupun pipi nenek sudah labuh dan berkedut, nenek tetap nak jadi seperti Khalid Al-Walid, memburu syahid.



nenek pernah turun menjenguk di satu mahgrib yang sepi. tatkala isi rumah ini sedang bersolat. suasana jadi sunyi sepi, fana dan gelap. yang ada ialah bunyi libasan seolah-olah sayap. sempat juga dua malam nenek buat macam itu, menjenguk sewaktu orang sedang bersolat maghrib. tak baik nenek buat macam itu. bikin orang terperanjat sahaja dan takut-takut. tapi nenek faham isi hati anak Adam. nenek jenguk sebentar, lepas itu nenek lari. terima kasih kerana memahami....



kini bayang nenek tiada lagi. yang ada di atas bumbung rumah ini hanyalah sehelai kain hitam, sebatang tongkat dan senaskah Al-Quraan. nenek dah tiada. nenek sudah pulang ke rahmatullah. hajat nenek nak mengejar syahid tidak diketahui tercapai atau tidak.

semenjak nenek sudah tiada, si rambut panjang yang menguasai pokok mempelam di rumah ini sudah mula menunjukkan taring. kalau masa ada nenek, si rambut panjang tak berani sebab nenek selalu buli dia. nenek buang air di pokok kediaman si rambut panjang, nenek juga akan pukul si rambut panjang. nenek benci si rambut panjang, sebab si rambut panjang ialah kafir, yang tugasnya menyakitkan anak adam. tak cukup dengan berambut panjang, dia pakai baju labuh warna putih dan bergigi panjang. bila malam menjelma, dia akan duduk atas pokok kesayangannya dalam posisi seperti berbuai-buai. tapi kebetulan sungguh, pokok kesayangannya itu betul-betul menghadap bumbung tempat nenek bersolat. itu yang buat si rambut panjang lemah. tapi sekarang si rambut panjang dah berani naik atas bumbung, sebab nenek dah tak ada... tapi Alhamdulillah, si rambut panjang tetap tak boleh masuk ke dalam rumah.



sejarah nenek memang panjang, hanya Allah yang tahu. Firman Allah SWT di dalam surah As-Sajdah akan ku penuhkan neraka jahanam dengan jin dan manusia. semoga nenek bersemadi dengan aman...

Comments

  1. vee ..
    mcm crite harry porter plak ..

    dah bace 2 kali masih tk nampak jln critenye ..
    dah benak otak aby rasenye nii...

    he..he..

    nanti bace lg ..
    nak bg lagi jelas sape nenek tuh ...

    ReplyDelete
  2. aby,

    x pyh phm kot? sy lg selesa kalo org x phm. :) tp nak gak menulis, tiba2 ajer rasa rindu...

    ReplyDelete
  3. hi akak.

    ermmm nenek tu dh xde?.. huhuh.. sedehnyer.. since bila tu kak? xpela kita doakan kesejahteraan dia.. insyaallah

    ReplyDelete
  4. hi fara,


    dlm thn nie gak dia x ada.

    ReplyDelete
  5. mie,

    nenek taleban tuh. tp dia baik. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts