hikayat si nombor dua...

semalam aku menonton sebuah drama melayu, berkisarkan wanita yang berkongsi kasih suami. aku dilahirkan dari keturunan yang diasaskan menerusi poligami. maka terkenanglah aku akan jalur keturunanku. lelaki-lelaki di dalam keluargaku beristeri lebih, manakala wanita-wanita di dalam keluargaku pula ditakdirkan Allah berkongsi suami, termasuklah nenek dan ibuku....

di dalam drama yang aku tonton semalam, digambarkan isteri kedua nakal, menguasai perkongsian dan terlalu memijak kepala orang dan melebih-lebih. ingin aku nyatakan di sini, menerusi pengalamanku sebagai anak poligami, nombor bukan penentu akhlak seseorang isteri. tak semestinya isteri kedua itu yang melebih-lebih, isteri pertama pula terlalu mengalah, walaupun aku akui nenek aku menderita sebagai isteri pertama. tetapi aku juga memiliki seorang kakak sepupu yang ditakdirkan Allah menjadi isteri kedua. dia adalah di antara isteri kedua yang aku saksikan depan mata aku sendiri, terlalu banyak mengalah....

dia sentiasa ditinggalkan suami. suami sentiasa tidak ada. sakit pening anak-anak semua dia yang uruskan. giliran? aku tak pasti pula. yang aku pasti, kakak sepupuku ini sentiasa sendirian bersama anak-anaknya. anak sulung menjaga adik-adik. manakala dia turun berkerja. abang iparku pula batang hidup tak nampak. sepatutnya giliran mesti ada, sepaling tidak kalau tak sama banyak, sedikit pun jadi. tapi dia sentiasa sendirian, atas tiket dia no 2.. mesti mengalah.
anak-anaknya pula membesar dengan dendam, pernah juga aku terdengar mereka mengeluh bertanyakan tanggungjawab ayah mereka. tetapi tiada jawapan tepat dapat diberikan. masa berlalu. kakak sepupuku ini sudah biasa bersendirian. mungkin dia sudah biasa... cuma ada 1 kisah menarik yang berlaku di antara dia dan suaminya di kala masing-masing sudah di ambang senja.

suaminya telah pergi menunaikan haji bersama isteri pertama. suaminya berjanji akan membawa dia pula di lain kali. tapi selepas itu tiada tindakan susulan dilakukan. mungkin sebagai isteri kedua, dia sudah biasa diberikan janji-janji yang tidak tertunai, maka dia sudah biasa dan maklum.. maka diusahakan sendiri jalan untuk ke tanah suci. manakala suaminya mendiamkan diri sahaja.

dengan izin Allah, urusan semuanya berjalan lancar. dia menumpang jemaah keluarga kami yang lain. rezekinya juga murah, maka bertolaklah dia ke tanah suci tanpa suami tercinta, memandangkan dia nombor dua wajib lah mengalah sentiasa. urusan mengerjakan haji juga berjalan lancar. mungkin dia di sana dijaga oleh Allah, berkat hatinya yang terlalu pemaaf, yang terlalu redha menerima dugaan demi dugaan di dalam hidupnya setelah ditakdirkan menjadi nombor 2... maka itu adalah satu anugerah buatnya...

kesimpulan di sini, jangan mudah kita melabelkan sesuatu yang kita lihat secara kasar. kita cenderung melabelkan isteri pertama derita, isteri kedua bahagia, isteri pertama baik, isteri kedua jahat...tetapi sedarlah... tak SEMUA nasib isteri kedua itu baik dan tak SEMUA pula isteri kedua itu "jahat". contohnya kakak sepupuku yang satu ini. walaupun aku akui, aku menyimpan khazanah yang tidak sedikit berkenaan derita isteri-isteri yang berkongsi suami di dalam keluargaku, apa yang dapat aku simpulkan menerusi pengalamanku sebagai anak poligami ialah, akhlak seseorang isteri yang bermadu bukan terletak pada nombor..tetapi pada akal fikiran...atas sebab itulah aku tidak percaya kepada nombor atau kedudukan.

perkara ini berlaku di dalam keluargaku dan aku sesungguhnya telah terlalu banyak belajar darinya...terima kasih Tuhan kerana memberikan aku kesempatan belajar dan diajar oleh takdirMu...

indeed sis.. me was borned in one of those family too.. apapun diri sendiri yang menentukan lakaran memori bg kluarga poligami. wallahualam
ReplyDeletesalam Vee, sihat dok? Aritu akak ke Damak ada program tapi tak sempat nak singgah mana2 pun.
ReplyDeleteBiasa la Vee, tanggapan masyarakat selalunya stereotaip. Dah tua2 macam ni, akak dah lali. Asalkan masyarakat tak tutup periuk nasi akak, tak menghina keluarga akak dan tak menyakitkan keluarga akak, selebihnya terpulang pada masyarakat untuk membuat pelbagai persepsi.
Have a nice day, dik.
fara,
ReplyDeletekeluarga kita yg mcm nie byk mendidik kita. sepaling kurang, kita x mudah menjatuhkn hukuman kpd org2 yg tertentu. sbb kita adalah mereka... mulut kita juga sentiasa terkunci utk mengutuk krn kita tahu jodoh itu adalah hak dan perancanganNya. siapakah kita utk mempertikaikan ketentuanNya.
kak intan,
masyarakat sentiasa beranggapan krn mrk x melalui dan x merasai.. mana2 yg merasai dan mengalami pula mgkn hanya sempat merasa sedikit, tidak merasa semua. sy tidak hanya dikelilingi oleh yg pertama, malahan yg kedua juga sentiasa ada dlm hidup sy. dgn izin Allah, hati sy terdidik utk mengasihi mrk, krn sy juga sebahagian dari mrk...
kpd masyarakat yg mengutuk, belajarlah utk menerima Qada'& Qadar... semoga kita sentiasa tabah menjunjung takdirNya...sy doakan utk akak juga.
lupa pulok.. sekarang nie kureng sihat sket la akok weh.. bz terkejor sana terkejor sini. oh pegi damok yer.. pekan kecik ajer 2.. boss pun ada ker sana gok.. tp org tecik mcm kami x pegi pulok.. akok tke care yer..
ReplyDeleterasenye ade perbezakan penerimaan laki dgn pempuan tentang poligami ..
ReplyDeletebg laki .. klu ade org laki lain ni berpoligami ..rasenye laki ni kelihatan hebat sket .. sbb mampu berbuat lebih dari kelaziman laki2 yg lain yg tk berani nak pasang dua....
tp lain dari sudut pandangan pmpuan ..
slalunye mereka pandang negatif terhadap pmpuan yg jadi isteri kedua ni sbb mereka tergolong dlm perampas suami org ..
bg aby .. entah la ..
kene cube dulu baru blh tau mcm mane ...
tp klu peluang utk berpoligami datang..
aby teruskan jer ..
tp klu anak dara aby nak d jadikan isteri kedua ...
pastinye aby anak suruh dia pertimbangkan baik2 dgn hujah2 panjang yg akan aby bg...
aby,
ReplyDeletehebat atau x... tu terserah kpd takdir. jodoh nie Allah yg tentukn. mcm kwn sy, dia mmg bercinta dgn seorg lelaki yg dh berkeluarga. jd lelaki tu dipandang hebat la oleh kwn2 dia. tp x jd kawen. sbb Allah x izinkan, krn jodoh kwn sy nie dgn org lain... moga aby dpt point sy nie...
bg sy pulak, kalo x dsbbkan sy nie dibesarkan dlm famili yg very polygamous, sy mmg akn jd mcm kebanyakan org lain gak, pandang negatif kpd isteri ke 2. tp mujur la sy sedar diri. siapa la sy nk pandang negatif pd isteri ke 2? perampas? why not panggil tuhan kita perampas gak since jodoh nie diaturkan Dia? bole gitu?
ckp psl peluang.. well aby skali lg sy nie mmg kurang ilmu agama, tp bg sy sejuta kali nk berpoligami, kalo Allah x izinkan, x akn jd. mcm abg sulung sy... dia tingin nk, tp smpi skrg x dpt mgkn mmg Allah hanya izinkan dia beristeri 1 ajer. manakala abg sy yg no 2 lak, Allah izinkan beristeri 2... jodoh nie atas ketentuan Allah. tgk ajerla ex bf kwn sy 2... 1 dunia tau dia bakal beristeri 2 masa bercinta dgn kwn sy. tup2 percintaan putus... hajat nk poligami x dpt.. so aby kena tgk la. kalo ada jodoh aby lebih, dpt la..
psl anak dara aby.. tu pun terserah jodoh dia. kalo dh jodoh dia ngn lelaki yg dh beristeri, aby mmg x dpt nk wat apa2. sbb tu kita kena hati2.. biler tgk anak org jd no 2, jgn mulut celupar sgt mengomen. tup2 anak kita lak jd no 2.. kita bkn tau jodoh anak kita ngn siapakan? jd baik zip mulut... nie sy menulis berdasarkan pengalaman...bkn nk mrhkan aby yer... benda nie berlaku dlm keluarga sy.
thx aby 4 ur comments.. luv it..