my playground...



aku terasa hidupku tidak lengkap jika aku tidak menulis di sini. bagi aku ini ialah tempat aku bermain, atau di dalam bahasa inggeris playground. tempat di mana aku bermain bersama teman-temanku.

entah apa yang tidak kena, secara tiba-tiba aku tidak dapat menulis komen dan juga membuat posting di dalam blog. aku rasakan bagaikan satu malapetaka menimpa.



akhirnya godeh sana, godeh sini... dapat juga aku menyelesaikan masalah yang menimpa, maka here i am... aku di sini lagi. menulis meluahkan perasaan yang terbuku. barulah aku tahu, aku sayangkan blogku ini, walaupun ia tidak sebeberapa, tetapi di sinilah medan aku berbicara, bermain dengan kata-kata yang terhasil dari perasaan, minda dan jari jemariku.



tiada yang istimewa mengenai blog ini, pengikutku juga sedikit, tetapi aku bangga kerana mereka yang ada di dalam senarai pengikutku adalah juga teman-temanku yang banyak sekali menabur jasa kepada aku. ada yang mengajarku tentang Al-Quraan, sehingga aku terbuka pintu hati untuk kembali kepada kitab Allah itu.



ada yang berkongsi kisah hidup yang serupa denganku walaupun tak sama, tapi sepaling kurang kami memahami situasi masing-masing. maklumlah, kami sama-sama ditakdirkan hidup dalam aliran "poligami". sepaling kurang, aku belajar menghormati perasaan orang.



ada pula yang tidak jemu-jemu memberikan aku sokongan demi sokongan, menyumbang kata-kata di mana sahaja aku berada. tak kurang juga yang lebih banyak membaca, dan mendiamkan diri, menyampuk sekali sekala tetapi sentiasa berada di belakangku seperti teman-teman yang lain. yang melucukan juga ada, menjadi pengikut hanya untuk memeriahkan majlis. kenal pun tidak, tetapi terbuka hati untuk mengikuti. satu penghargaan aku rasakan. terima kasih banyak-banyak....

hidup aku sepi tanpa kalian di sini. walaupun hanya di alam maya, tapi aku merasakan kalian hidup di samping ku kerana sememangnya kalian sentiasa berteman denganku. sekali lagi aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga, kerana sudi bertandang ke rumah ku yang sederhana ini. kalianlah yang menjadi pelita menerangi. apabila berlaku sedikit kerosakan, aku benar-benar rasa tergugat kerana aku tidak mahu berpisah dengan kalian semua. tetapi Alhamdulillah... kini kerosakan itu kembali pulih.



semoga kita bertemu lagi... dan ketahuilah.. kalian bukan sekadar tamu, tetapi kalian juga turut berkongsi suka dan dukaku, juga rahsia-rahsiaku yang orang lain mungkin tidak tahu kecuali Allah SWT...terima kasih daun keladi..

Comments

  1. sebelum mule komen ...
    nak ucapkan ,
    Selamat Hari Guru ..
    semoga vee dapat mendidik anak2 bangsa menjadi insan yg bergune ....

    ReplyDelete
  2. t/kasih aby. semoga amanah Allah ini akan sy terus pikul dgn sebaik mgkn.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts