air..

3 tahun yang lepas, aku bermimpi. aku dan nenekku menaiki sampan kecil, kami berdua berada di tengah lautan yang cantik, airnya membiru langitnya juga begitu tenang dan damai.. kami berdua memancing ikan, manakala ikan-ikan pula tak henti henti melompat-lompat di sekeliling kami dengan riang dan bertenaga. suasana terlalu damai...

yang pasti, apabila aku bermimpi, pasti nenekku ada bersama. tak terkecuali dalam mimpi yang satu ini...3 tahun yang lepas hidupku kalut, terumbang ambing dan aku sedang menanggung kesakitan rohani. kemudian aku gagahkan diri mencari penawar. sewaktu proses pengubatan aku mula didatangi mimpi-mimpi yang berkaitan dengan air... air laut yang membiru, air kolam yang di dalamnya dipenuhi ikan patin yang berenang sewaktu aku sedang mahu mengambil wudhuk, air banjir yang keruh... pendek kata air, air dan air...

hanya Allah yang tahu apa yang tersirat dan tersurat.. dan hanya padaNya aku berlindung. mimpi air laut membiru dan ikan melompat lompat kegembiraan mencuit hatiku kembali setelah melihat gambar ini. sewaktu bermimpi, aku rasakan aman, tenang & damai... semoga ia adalah mimpi indah yang membawa erti yang baik buatku. dan semoga aku sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT... antara mimpiku yang tak akan aku lupakan..

Insyaallah Kak.. AMIN
ReplyDelete