jangan intai aku....



sudah agak lama kau menghilang. selepas beberapa kekecohan di rumahku kau timbulkan. semalam kau muncul lagi, kau berdiri di luar tingkap bilikku... memerhatikan aku. aku dengar langkahmu, dan aku nampak perbuatanmu. aku segera rasa kurang senang.

barang-barang aku alhamdulillah kau dah tak sorokkan, lepas itu kau selalu tutupkan pintu pagar rumah aku. mungkin kau nak menolong, tapi aku tak mahu termakan budi..



aku segera berlindung di bawah naungan Allah tatkala kau sedang mengintaiku. terus terang aku katakan dunia kita berbeza. dan kau tahu detik hatiku. kau mengundurkan diri dengan hati yang senget terhadapku. hasilnya? pagi esok aku dapati pintu pagar rumah aku terbuka.. bermakna malamnya kau tidak menutupnya seperti lazim...


terima kasih aku ucapkan.. tapi aku tahu, rajuk mu tidak lama... selepas ini entah apa yang akan kau lakukan. aku minta, jangan intai lagi aku... aku tak suka..

Comments

  1. ihiks.. dia rajin gak ye kak. siap tutupkan pagar tu.. hehe. nakal :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts