kekal abadi...



antara kenangan terindahku empat tahun yang lepas sewaktu itali memenangi piala dunia. aku rasakan umpama mimpi ketika mereka memenangi perlawanan. aku memang tidak menaruh harapan pasukan itali akan menang pada tahun 2006 memandangkan aku lihat kelibat mereka ini terkial-kial mencari rentak dalam perjuangan. kali terakhir masuk final pada tahun 1994. kalah dengan pasukan brazil. 2002 pencapaian mereka juga menyedihkan... maka 2006 aku hanya pejam mata walaupun aku tetap menyokong dari jauh. aku lebih gemarkan kepada kemeriahan piala dunia, semangat juang yang tidak padam dan pudar dalam diri setiap pemain yang masing-masing membawa amanah dan tanggunjawab negara dan bangsa...



tiba-tiba dengan izin Allah negara Benito Mussolini itu berjaya memenangi piala dunia, maka aku rasakan umpamakan mimpi sahaja.. tapi aku tidak bermimpi, ia adalah kenyataan. empat tahun telah berlalu, kini piala dunia kembali muncul, aku meneruskan tradisi setia di hadapan kaca tv menyaksikan perlawanan demi perlawanan, dalam hati aku turut menaruh harapan supaya iatli dapat mempertahankan kemenangannya, walaupun aku tahu mustahil... maka berjuanglah itali mempertahankan pialanya sebaik yang mungkin, kalau boleh nyawa sanggup jadi taruhan kalau tidak takkan sampai sanggup masuk dalam gawang dan serang penjaga gol lawan semata-mata mempertahankan bola yang sudah ditendang..



itali kali ini gagal dan tewas di tangan pasukan yang dianggap sebagai timun. tetapi berjaya membuatkan durian seperti itali patah duri-durinya. adakah aku sedih? disebabkan aku telah diasuh oleh Allah SWT supaya percayakan Qada' dan Qadar maka aku tidak sedih sampai ke hati. aku akur dengan keputusan, sudah berusaha sebaik mungkin tetapi siapa kita hendak menghalang keputusanNya? seperkara lagi sebagai umat Muhammad, aku juga telah di didik oleh nabiku supaya mencintai Allah lebih dari segala-galanya ( aku sedang mencuba dan berusaha untuk mencintaiNya lebih dari nyawaku) dan mengetahui sifatNya yang kekal abadi, tidak mati... maka atas sebab itu alhamdulillah aku mampu menerima kenyataan, kejayaan tidak berkekalan, bersifat sementara kerana itulah dunia yang kekal hanya Dia, Allah tuhanku yang satu...



atas sebab itu aku hanya melihat sang gladiator menangis terbaring di padang kerana tidak dapat menerima hakikat mereka sudah bukan juara dunia lagi, mereka jadi begitu kerana mereka tidak tahu apa yang kekal, apa yang tidak....

dan aku pula bukan hendak mendabik dada, tetapi disebabkan agamaku yang suci ini aku sudah mula berlatih menerima perkataan "sementara" untuk semua benda melainkan satu sahaja, iaitu Dia di atas sana, Rajaku yang memerintah aku di langit & di bumi, tuhanku yang memiliki aku zahir dan batin juga jasad serta nyawaku, maka Dialah yang kekal abadi, apa yang ada di sekelilingku sekarang hanya sementara, termasuklah nyawaku...



aku terus melihat kaca tv, memerhatikan sang gladiator yang tumbang, bersabarlah wahai pejuang, kejayaan, keagungan, gelaran, kehebatan yang kita miliki hanyalah sementara..dan itulah kehidupan kita sentiasa berjuang, empat tahun lagi bangunlah dan aku sekiranya Allah masih meminjamkan nyawa tatkala itu sudah pasti akan tetap menyokong kalian..dan sekiranya kalian tahu apa itu erti kekal abadi selamanya, alangkah nikmatnya hidup kalian tanpa perlu menangisi apa pun yang menjadi kehilangan, sesungguhnya Dia jualah yang kekal abadi...Allahuakbar...

Comments

  1. vee,
    jangan simpan sangat dalam hati,
    perancis juge bungkus awal ..
    bekas juare juge tu

    yg saye kate jgn simpan dalam hati sbb depa tu tau ape psl qadak dan qadar ...
    kalah .. depa buat analisis .. langsung tk masuk psl qadak dan qadar dalam analisis depa ..

    takat simpati gitu gitu jer ..
    jgn sampai bawe ke hati ..

    ape kurang saye .. memang sedari dulu peminat product made in italy ..
    bile skuad azzuri bungkus awal ..
    anggap jer adat permainan ..
    ade kalah dan menang ..

    jangan tambahkan keserabutan kepala tu ....

    ReplyDelete
  2. aby,

    sy rayu sgt2, jgn kesiankan sy, kesiankan mrk yg x ada tuhan. utk sy, sy x rasa apa2.. kesian tgk org yg kecewa. org islam bila kecewa bole sujud, kalo mrk yg sy tulis nie? nk buat apa agaknya? harap phm & maklum...

    ralat juga di hati bila aby rupanya x phm apa sy cuba sampaikan... semoga Allah membuka pintu hati aby utk memahami isi hati hambaNya yg lemah ini. Amin...

    ReplyDelete
  3. astarfirullah hal azim ...
    maaf....

    ReplyDelete
  4. aby,

    sbg seorg yg celik2 mata abahnya dh x ada, n also sbg seorg yg dh berusaha tp tetap juga x ada berteman, maka sy dh lali dgn "ketidakadaan", atau "ketidaksempurnaan".

    apa musibah, apa sahaja kesusahan, sy bole terima dgn aman. sbb hati nie dh x reti nk rasa sayu. dh terbiasa sgt.

    kalau sayu sy bole sujud.. bila ditimpa masalah, sy bole beristighfar, bila dihina sy minta pembelaan dari Allah.

    insya-allah hidup sy x kurang apa pun. tp aby tgk org yg smpi ker thp bunuh diri... kenapa mcm 2? persoalan mcm 2 lah yg sy bawa dlm post sy kali ini.. bkn soal hati sy...intipati di sini ialah betapa bertuahnya kita sbg hamba Allah & menjd umat Nabi Muhammad. kita ada jln penyelesaian utk setiap permasalahan...

    ReplyDelete
  5. yup .. stuju dgn vee, bile kate
    kita sbg hamba Allah & menjd umat Nabi Muhammad. kita ada jln penyelesaian utk setiap permasalahan...

    sbb permasaalahan ade 2 jenis,
    satu yg boleh d rungkai,
    dan satu tk boleh d rungkai ..

    psl kalah bola .. permasalahan yg boleh d rungkai .. thn ni mungkin tk boleh .. usha dan cube lg .. insyallah thn akan dtg mungkin boleh ..

    bile taba peminat tk boleh terima kekalahan n jadi gile .. tu dah masuk permasalahan yg tk boleh d rungkai .. tang sini kelebihan nye kite org islam ... kite balik ke qadak dan qadar allah ..

    minte maaf sekali lg sbb tk nampak ape yg vee nak diutarakan ..

    saye otak lembab kot ..

    ReplyDelete
  6. biler pembc x phm apa ditulis.. mgkn slh penulis...

    ReplyDelete
  7. penulis tk salah ..
    pembace yg otak lembab ..
    hu..hu..

    ReplyDelete
  8. jgn tulih gitu penulis x suka yer.. :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts