tensi! kau main sorok-sorok yer..



mula-mula pasu bunga orkid emak aku kau alihkan. kau letakkan di tengah-tengah jalan. menyusahkan orang hendak lalu lalang. aku diam lagi.

selepas itu sebelah kasut aku hilang. aku tercari-cari di mana sebelah lagi kasut aku. mungkin anjing? tapi bayangan haiwan itu memang tak ada sejak kebelakangan ini. jalan punya jalan, akhirnya aku terjumpa sebelah kasut aku itu cantik sangat diletakkan di atas rumput karpet dengan muncungnya dihalakan ke rumahku. firasatku kuat mengatakan tiada unsur najis jilatan anjing. lalu ku ambil kasutku... aku tahu ini juga kerja kau.



disebabkan aku hilang sabar, sebaik sahaja kasutku itu aku letakkan di sebelah pasangannya, aku menjerit " jangan usik barang-barang aku!!! " selepas itu aku masuk ke dalam rumah.



tapi walau sekuat mana pun aku menjerit, semarah mana pun aku, kau tetap kau... bangsa degil. tak nak dengar cakap apatah lagi manusia macam aku. walaupun kita seagama, tapi aku tetap tak suka cara kau. tapi nak buat macam mana. dah itu memang cara kau. lepas ini entah apa lagi yang kau sorok....kenapa kau tak macam nenek tua atas bumbung? dia tak sorok barang...



dalam perkara ini, hanya Allah sahaja yang boleh mengajar kau. semoga Allah melindungiku, keluargaku dan rumahku...

Comments

  1. Ya allah. ermmm hope uols r fine sis.. take care tau

    ReplyDelete
  2. klu benda tu blh ubah barang barang..
    meaning dia bleh menyentuh fikisal ..

    so berhati hati la klu firasat kuat kate kehilangan tu permainan dari alam lain ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts