insomnia...

jenuh aku berbaring di perbaringan aku, mataku tetap keras bagaikan batu. akhirnya aku mengalah selepas jenuh berhempas pulas memejamkan mata. aku akui, disebabkan sakit petang tadi aku menidurkan diri sebentar. berlarutan hingga lah selepas isya'. mungkin atas sebab itulah aku sekarang sukar hendak melelapkan mata.
jam sudah menunjukkan angka yang terlalu lewat. aduh... susah juga bila mata enggan pejam. kalau orang putih boleh kira kambing biri-biri, aku pulak tak tahu nak kira apa melainkan membuat perancangan untuk hari-hari yang bakal mendatang. akhirnya aku mengalah jua, tilam aku tinggalkan, aku mengambil keputusan untuk berada di sini. menulis beberapa patah kata..

yang pasti, aku rasakan seksa juga berbaring di perbaringan dengan mata yang enggan lelap. tetapi mujurlah aku tidak sentiasa begini. baru hari inilah aku begini. mungkin juga disebabkan diriku yang kurang sihat sejak kebelakangan ini. mungkin juga hormon, mungkin juga perasaan... banyaknya kemungkinan. aku mengambil keputusan untuk mendengar beberapa buah lagu. dengan alunan yang merdu, nancy ajram mendendangkan lagu mendayunya, enta eih.. sebuah lagu arab yang cukup aku sukai.. walaupun lagu ini dinyanyikan oleh seorang kristian, dan lagunya berkisarkan cinta kepada manusia, aku tetap teringatkan Allah SWT bila lagu ini menjadi santapan telingaku. sesungguhnya Dia sentiasa hadir.

dan mungkinkah insomniaku pada malam ini atau pagi ini adalah ketentuanNya? sebagai hamba aku hanya mampu meneka, dan aku juga hanya mampu melayan perasaanku dan mataku yang keras bagaikan batu.. maaflah, aku tidak tahu sehingga bila insomniaku ini akan bertahan.. semoga ia tidak menjadi tabiat.

Comments
Post a Comment