pahitnya gula

aku memeriksa kandungan gula di dalam darahku. keputusannya ialah 6.5...aku kurang maklum juga sama ada baik atau tidak keputusannya. cuma aku dimaklumkan, paras gula aku masih normal. tetapi ada kemusykilan di sini.
aku berpuasa sebelum mengambil sample darah. sejam sebelum, aku sempat memakan 3 juring buah jambu batu bersalut asam serbuk. manakala lain-lain sumber makanan tiada, hanya sebotol air kosong, botol besar... seharusnya keputusan mestilah rendah dari itu. takkan pula jambu batu yang aku makan itu boleh menaikkan jumlah gula?

ataupun adakah itu adalah jumlah yang sempurna? menurut maklumat yang aku baca, kadar gula yang normal ialah di bawah nombor 10. jika lebih dari itu, maka selamat datanglah ke dunia kencing manis yang pahit.. aku gusar juga selepas itu, dunia ku rasakan bergegar. manakan tidak.. kedua orang tuaku penghidap diabetes. memang aku gentar. aku berazam dan bertekad untuk mengamalkan gaya hidup sihat.. tak terbayang olehku bagaimana rasanya menghidap penyakit ini..

jumlah gula dalam darah aku pernah sebanyak 3.1 sahaja dan aku ditegur oleh pihak hospital kerana ia adalah 1 kadar yang rendah dan merbahaya. aku diminta menambah jumlah gula di dalam badan. aku akui, aku memang tidak makan nasi. tapi kini aku rasa kadar yang aku baru miliki ini membimbangkan pula..

gula oh gula.. kau ini manis, tapi jika terlebih pahit jadinya..

Comments
Post a Comment