mitos selamanya...

aku menonton filem CLASH OF THE TITANS. pembikinan hebat, pelakunnya berkaliber. jalan ceritanya, diambil dari mitos greek. berkenaan pertempuran di antara tuhan dan manusia.
tuhan greek yang muncul dalam mitos ini antaranya ialah zeus, adiknya hades manakala manusia pula diwakili oleh perseus, yang juga sebenarnya separuh tuhan separuh manusia.

di dalam cerita ini, manusia telah bosan dengan penguasaan tuhan ke atas mereka, bosan dengan puji-pujian yang wajib mereka berikan kepada tuhan, sedangkan penderitaan tetap wujud. atas nama keadilan, manusia melakukan pemberontakan terhadap tuhan.
seronok memang seronok... tetapi hanya untuk hiburan bolehlah. untuk dikaji, untuk dijadikan sebagai ikutan baiklah jangan. kaji boleh, tetapi hanya untuk ilmiah. namun sedar atau tidak sememangnya kita sebagai manusia memang sentiasa melancarkan pemberontakan terhadap Tuhan. caranya senang, dengan tidak menuruti perintahNya, dengan bersikap angkuh terhadapNya dan berbagai cara lain lagi yang dilakukan oleh insan biasa tetapi adakalanya memikirkan mereka adalah luar biasa sehinggakan kuasa tuhan pun mereka boleh cabar dan lawan.

semoga kita tidak termasuk di dalam golongan ini. dan aku bersyukur aku tidak memiliki tuhan seperti zeus, yang mencipta manusia kononnya, kemudian berharap kepada adiknya, hades untuk mengajar manusia ciptaannya yang sombong terhadapnya. zeus juga memiliki berapa orang anak, antaranya perseus yang terhasil dari hubungan zeus dengan seorang wanita biasa ciptaannya. maka perseus dengan rasminya separuh tuhan separuh manusia. berbalik kepada akar umbi, Allah itu Esa, Dia tidak memerintah dengan rakan sekutu yang lain, maha suci Allah terjauh dari sifat dua atau tiga, Dia adalah Esa.. lihatlah pemerintahanNya, tak ada 1 pun yang kurang melainkan manusia sahaja yang sentiasa suka mengurangi ciptaanNya atas dasar tidak puas hati..

orang-orang Greek bijak mencipta mitos. dan sehingga kini ia menjadi antara hiburan dunia yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek zaman. dan ia juga turut membuatkan kita terfikir, akan natijah sekiranya wujud tuhan yang seumpama itu. maka bersyukurlah kita kerana kita sujud hanya kepadaNya, Dia yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia yang memerintah langit dan bumi, lautan dan daratan tanpa batas, Dialah Allah, yang Esa dan tiada tandingan...

Comments
Post a Comment