potret kasih yang mati dan sepi...

satu petang yang dingin di kala hujan renyai-renyai menitis membasahi bumi, seorang wanita yang comel menundukkan wajahnya dan memalingkan mukanya dari seorang lelaki yang tidak henti-henti membelainya. mereka berdua sedang duduk di sebuah cafe dan bagaikan potret romantis sepasang kekasih itu seakan hanyut di dalam dunia mereka sendiri. sememangnya hanyut....

wanita yang dimiliki lelaki kacak dan kaya itu tidak pernah tersenyum, sebaliknya wajahnya murung dan sayu, matanya seakan tidak sudi memandang wajah kacak lelaki yang menjadi miliknya. dia tidak henti merenung sayu jalan yang terbentang di hadapannya manakala lelaki kacak dan kaya raya itu pula tidak henti-henti membelai dan mencium pipinya.



wanita itu berwajah comel, berperwatakan menarik dan pandai menghias diri. manakala lelaki itu pula memiliki seraut wajah yang tampan dan kacak juga seorang yang "berketurunan", berkedudukan dan berharta. pendek kata kedua-duanya boleh menjadi rebutan ramai. cuma kenapa mesti kemurungan yang menjadi milik wanita comel itu di kala dirinya dibelai dan dimanja oleh seorang lelaki yang kacak dan kaya serta berkedudukan? bukankah seharusnya dia bersikap manja ( sesuai dengan dirinya yang comel) dan mempamerkan kebahagiaan yang tak terperi almaklumlah menjadi milik lelaki yang kacak dan kaya... boleh dikatakan impian kebanyakan wanita.



tetapi tidak.. ada sesuatu yang tak kena pada pasangan ini. secara tiba-tiba lelaki kacak dan kaya itu bertanyakan sesuatu dan wanita comel yang murung itu menganggukkan kepalanya dengan lemah dan keduanya bangun dan berlalu menuju ke sebuah kereta mewah. lelaki kacak dan kaya itu tidak henti-henti memegang tangan dan bahu wanita comel itu, dan seakan-akan satu refleksi, wanita comel itu sebenarnya mahu lari dari pegangan tersebut...



sesuatu yang sememangnya menjadi sesuatu kemusykilan pasti akan menjadikan ia satu niat yang berterusan untuk mencungkil demi mengetahui kebenaran. seorang wanita yang agak berusia di sebuah meja yang lain turut mengikuti langkah pasangan yang menarik itu. selepas keduanya berlalu bagaikan angin menderu hasil dari ngauman enjin yang baik dan berkualiti, wanita yang berusia itu mengangkat keningnya dan pandangan matanya bertemu dengan pandangan aku yang juga dari tadi tidak henti-henti mencuri-curi pandangan akan sebuah potret romantis yang sedikit pudar warnanya.



wanita berusia itu aku kenali dan kami mula berbual apabila aku mula mendekatinya dan duduk semeja dengannya. perbualan kami pada mulanya hanya berkisarkan isu semasa, tetapi mungkin sudah menjadi "rezekiku", entah bagaimana wanita berusia itu membuka cerita mengenai potret romantis yang sedikit pudar itu tadi.

mulutnya yang merah basah itu membuka al-kisah:-


" nampak lelaki handsome tadi?" aku mengangguk dan hatiku berkobar-kobar mahu tahu lebih lanjut. wanita berusia itu meneguk sebentar capucino panasnya. manakala aku pula meneguk kepanasan hatiku yang tak sabar ini...

" lelaki tu orang kaya. jutawan. perempuan tadi tu pulak isterinya. u nampakkan? macam mana perempuan tu tadi? " aku mengiyakan sambil menyatakan kekagumanku terhadap "kecantikan" dan "kekayaan" yang mereka miliki. bagi aku pasangan itu tadi memang sepadan, cantik terletak...

wanita berusia itu mengibaskan tangannya seakan-akan menolak tanggapanku sambil berkata " jangan mudah kagum dengan itu semua lah sayang oi.." kemudian dia meneguk lagi capucinonya dan tak menyedari perangkap aku sudah mengena.

" perempuan tu... memang beruntung kawen dengan lelaki tu. semua ada, rumah besar bertingkat-tingkat, kereta menjalar tak tahu berapa biji, pakaian lip lap semua first kelas, holiday merata dunia, siap ada rumah lagi di eropah sinun, dapat pulak laki bukan ajer kaya tapi hensem sangat-sangat tapi....." wanita berusia itu berhenti bercakap dan dia memeriksa tas tangannya kerana disangka telefon bimbitnya berbunyi tetapi dia tersalah sangka. kemudian disambungnya lagi...

" lelaki tu, kuat cemburu. cemburu yang teramat. dia dah kasi semua kemewahan pada bini dia, jadi bini dia hak dia 100%, mesti dengar cakap dia, mesti patuh perintah dia. dia tak suka bila bini dia tolak permintaan dia, cannot say no to him at all. lepas depa kawen, si pompuan tuh merana sebenarnya, nak drive kereta pun tak boleh, nak keluar wajib keluar dengan dia. dia tu bisnesman, mestilah sibuk so apa lagi, bini dia kurung dalam rumah besar depa hok bertingkat-tingkat tu. bini dia nak keluar ngn kawan-kawan pompuan dia tak pernah nak kasi, nak keluar sorang-sorang dia memang haramkan.so bini dia kena peram jadi asam pekasam dalam rumah tuh. nak masuk internet pun dia tak kasi sebab dia kuat cemburu bimbang bini dia ada affair dengan jantan lain. bila dia ada masa, ok set depa keluar berdua macam pasangan serasi bersama and romantik tak ingat dunia " mungkin tekak dia kering, maka wanita berusia itu meminta lagi tambahan ais kosong. nampak gayanya memang benar warna potret romantis itu tadi ada "kepudarannya".



" bini dia jaga rumah, kerja dia nak hilangkan boring tengok tv, tengok dvd. dengar lagu. sosial life langsung tadak. dok bersosial dengan laki baran dia tu sajer la. ha lagi 1.. u tengok dia hensem kan? jangan tak tau, dia tu baran pun iyer. kalau baran nie paham-paham lah yer... tangan macam mana?" aku pun terus bertanya " macamana yang bagaimana?"

" macamana apa lagi, bini dia tu masaklah dikerjakan. kalau dah datang cemburu buta dia, habis tali pinggang semua naik. muka ajer handsome." aku terkedu. kemudian wanita berusia itu berkata lagi " nampak tak tadi? macam mana diaorg berdua? bini dia tu kan tak berapa nak pandang muka laki dia walaupun laki dia hensem. tu ada sebab. asal dah jadi macam tuh.. maknanya yang pompuan tu dah kena pukul, kena taram dengan laki dia tu la. entah bila tapi rasanya baru lagi lah tu and husband dia tu tengah nak pujuk la tuh. cara pujuk sama ajer.. bawak bercuti sana sini, bawak shopping lepas tu belai-belai, bawak lah bini dia tu balik kampung jenguk famili kat sana, kasi duit banyak-banyak kat famili bini dia. famili bini dia kat kampung memang salute dia nie sebab pemurah sangat-sangat tapi sampai la ni tak taw anak depa masak kena uli, mewah memang mewah sayang oi.. tapi tengoklah harga yang dia kena bayar nak dapatkan tu semua.. u sanggup?"



aku terdiam. sudah sah bagiku potret yang aku tatap tadi sememangnya cantik tetapi pudar dan rosak. berkahwin dengan lelaki kaya dan kacak memang jadi impian wanita. kalaulah dapat suami yang sebegitu, alangkah bahagianya... tetapi hidup ini tak semuanya indah dan manis. jangan jadi lurus bendul, tengok seorang wanita menaiki takhta atau istana, kita sudah anggap hidupnya lengkap. lihat sahaja seorang wanita menikahi seorang jutawan pun kita anggap mereka pasti akan bahagia.. wang ringgit bukan segalanya kalau sudah begitu. cuma kenapa wanita berusia ini tahu hampir semuanya dan mahu pula memberitahu aku akan kisah duka lara yang bertopengkan sebuah kisah dongeng.

lantaran itu aku pun bertanya bagaimana wanita berusia ini boleh tahu banyak perkara. lalu dia menjawap lancar " i tau and kenal diaorg itu dah cukup.i know lots of things. and apsal i kasi tau u? sebab i tengok u suka tengok diaorg terutama the guy. tu normal. memang dia jadi favourite girls yang normal macam u. i kasi tau u supaya u girls insaf. jangan tengok orang dari luaran. kena tengok dari dalaman, tapi tak semua boleh baca dalaman orang. u nak kawen kerana harta n rupa that's okay tak ada sapa nak halang, kalau dah jodoh kan apa salahnya. tapi u kena ingat, harta bukan segalanya. and satu lagi, tak semua lelaki baran yer" wanita berusia itu memandang aku dengan senyuman puas, seakan-akan baru selesai memberikan aku amaran keras. oh... melihatkan aku mungkin dia ternampak bayang-bayang si pisau cukur agaknya.



aku masih mengenang akan potret romantis yang aku lihat tadi, pemandangan itu sememangnya cantik tetapi mungkin pilu bagi sesiapa yang tahu kebenaran dan hakikat. hujan masih renyai di luar kafe yang aku rasakan sepi secara tiba-tiba. tidak semua nasib itu sama, tetapi benar bagai dikata, ada harga yang perlu dibayar untuk ini semua..

Comments

  1. sis..u really have the talent,. cant wait to read ur novel :)

    ReplyDelete
  2. iyer ker dear? wat do u think abt tht couple? realiti x seindah yg disangka kan? abt novel insya-allah fara kena selalu upgradekan semangat sy :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts