1 Malaysia?

di sekitar awal 1980-an, aku menonton sebuah filem hindustan. mera naam joker. itulah judulnya. kronologi hindustani dalam hidupku tidak berakhir di situ sahaja. malahan panjang berjela. aku tahu sebuah filem yang meruntun jiwa- aa gale laag jaa. malahan aku kagum dengan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya di dalam filem itu. pengorbanan, air mata semua ada. menonton filem itu membuatkan aku teringin hidup di tahun 70-an... aku juga hafal sebahagian lirik lagu dari filem tersebut.
apatah lagi di akhir era 90-an, kebangkitan filem hindi meletus dengan filem seperti dil to pagal hain, kuch kuch hota hain, awal 2000 aku ralit pula dengan filem mohabattein. lagu-lagunya juga sebati dengan lidah melayu ku.
ada yang menyoal kenapa? aku tak tahu nak jawap bagaimana. sekarang aku boleh menjawap- 1 malaysia tapi betul kah jawapanku? yang aku tahu menjadi seorang rakyat malaysia, aku tak boleh lari dari menjadi sebahagian dari "orang lain"...

tak lengkap jika tiada elemen tionghua atau cina. katanya 1 malaysia? takkan hanya india? sekitar tahun 1980-an juga mata aku tak dapat lari dari menonton filem-filem cina. tahun 70-an aku tidak beberapa ingat, tetapi sekitar tahun 1980-an aku agak aktif menonton. tahun 1988 filem yang tak dapat aku lupakan antaranya ialah - shanghai blues, cupid one, the occupant belum lagi dengan siri-siri kantonis yang menjadi tontonan. nama-nama seperti leung chiu wai, chow yuen fatt, lau kar ling, lai mei han, lin chin hsia, lam wing han dan tak lupa juga mui yim fong & cheung kok wing. lau tak wah juga turut menjadi jejaka idamanku waktu itu... masa itu juga laungan 1 malaysia masih belum bergema.. adakah aku dan rakyat malaysia yang seperti aku telah mendahului masa? jawapannya- sekali lagi sama.. berkongsi tanah yang sama, air yang sama membuatkan mata dan telingaku tak dapat lari dari berkongsi perkara yang sama walaupun sumbernya berlainan.

kalau bab melayu pula itu sudah wajib. celik mata sahaja aku memang sudah terdedah dengan apa sahaja yang berkaitan dengan melayu kerana aku seorang manusia yang bergelar melayu. akhirnya aku terfikir, laungan 1 malaysia baru bergema. tetapi kebanyakan kita sudah lama mempraktikkannya. sedar kah kita?

Comments
Post a Comment