hidupku lengkap!


minggu pertama

road tax ku sudah tamat riwayat. aku memperbaharuinya. malangnya ada permasalahan bukan dari segi bayaran tapi dari segi pemprosesan. sehingga kini masih tertunda dan aku masih belum memiliki road tax yang sah! tetapi tetap aku ucapkan - ALHAMDULILLAH. tanganku tetap berpaut kepadaNya. tak akan aku berpaling arah.

minggu ke dua

astroku pula tamat riwayat. puncanya lambat menjelaskan bayaran. dalam erti kata yang lain, tertunggak. tak banyak, aku segera membayar. kebiasaannya selepas dibayar dalam masa 24 jam terus disambung. tunggu punya tunggu bayang siaran pun tak ada. aku dimaklumkan disebabkan beberapa kesulitan dari segi teknikal, maka penyambungan hanya boleh dilakukan dalam tempoh 5 hari bekerja. akibatnya, tv di rumahku sepi.. tiada imej & bunyi. maka lengkaplah hidupku.. road tax tiada, astro pula menyusul... tetapi tetap aku ucapkan- ALHAMDULILLAH. sujud tetap sujud. tak akan aku berpaling arah.

selang beberapa jam kemudian....abangku pulang ke rumah selepas menjadi seekor burung hantu merayap entah ke mana. jam pada waktu itu sudah pun menunjukkan angka 1 lebih. iya pagi.. waktu orang nyenyak tidur. abang aku memaklumkan dia terlanggar keretaku yang road taxnya masih mati. lampu belakang keretaku habis pecah dilanggar oleh keretanya tanpa sengaja. aku hanya diam. hebat... segalanya lengkap. road tax yang entah bila akan 'hidup", siaran astro yang menyepi entah bila akan berkumandang, kini lampu kereta aku pula pecah dilanggar kereta abangku. wah.. cukup lengkap pakej yang aku ada sekarang. tetapi tetap - ALHAMDULILLAH.



aku ambil wudhuk, aku ambil buku wiridku. aku berzikir& berwirid. selepas aku habis semua itu, aku menadahkan tangan, tetap memuji kebesaranNya, dan selepas itu tiba lah waktu yang membuatkan aku sebak.. - pakej lengkap yang aku terima ini biarlah ujian & dugaan untuk aku.. aku boleh terima dengan hati yang senang kerana aku yakin Dia akan menolongku, tetapi yang buat aku sedih, sebak, takut dan bimbang ialah jika pakej hebat ini berlaku bertimpa-timpa adalah disebabkan kemurkaanNya terhadapku, ada sesuatu yang aku bikin barangkali yang membuatkan Dia yang Maha Mulia murka kepada aku. aku mohon ampun banyak-banyak. aku boleh hidup dengan pakej lengkap ini, tetapi aku lemah jika aku dah membuatkan Dia murka. aku harap sangat-sangat janganlah...

selepas aku habis memohon ampun dan berdoa semoga segalanya selesai dengan sempurna, aku rasa bebanku kurang. semoga Allah ampunkan dosa-dosaku. semoga aku kuat & tabah menghadapi pakej ini. sujud tetap sujud. tak akan aku berpaling arah. kiblatku tetap sama. siapakah aku hendak mengeluh jika pakej yang aku terima sekarang ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan pakej yang diterima oleh hambaNya yang lain?

jangan biarkan iblis dan syaitan membuatkan aku mengeluh. tidak ya Allah.. aku akan tetap bertahan dengan namaMu, yang merupakan zat yang menyuntik kekuatan kepada hambaMu. aku yakin, segalanya akan berakhir dengan baik. AMIN.

Comments

  1. sabar la kak.. dugaan allah tanda dia syg pd HambaNya.. if dia x duga kita.. means kita dh jauh dr dia.. anyway take... *hugs*

    ReplyDelete
  2. its ok fara. am so happy with HIM beside me. insya-allah..

    ReplyDelete
  3. salam vee,
    lame tk kuar entri baru,

    kire ok la..
    takat road mati tax dan astro tk de,
    masih terlalu jauh dari nyawa ..
    kesihatan lbh penting dari segala galanye ..
    tu yg kene banyak alhamdillillah ..

    aby pun kene banyak alhamdullilah juge ..
    lagi 2 hari, 23rd wedding aniversary ..
    hu..hu..

    ReplyDelete
  4. org len, lg la gempak dugaan. sepatutnya sy harus bersyukur. semoga Allah ampunkan sy.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts