hilang....



hilang dalam sekelip mata. bagaikan disorok makhluk halus, lesen memandu, kad ATM & kad pasaraya kesayanganku hilang begitu sahaja. aku menyalin kad-kad yang hilang itu masuk ke dalam purse baru, yang tak pernah aku gunakan lagi. seingat aku, semuanya sudah ku masukkan elok-elok ke dalam purse tersebut. tahu-tahu sahaja sebaik aku ingin mengeluarkan duit di mesin ATM, tatkala aku hendak mengambil kad, ia tiada langsung di dalam purse tersebut.

subhanallah.. aku menyangka tertinggal di rumah. aku bergegas pulang, juga tiada. memang buntu. aku berusaha mencari. setengah hari mencari. tetapi hampa. disebabkan keletihan mencari, aku tertidur selepas waktu isyak masuk. aku terjaga selepas tengah malam. lalu aku bangun, membersihkan diri, wudhuk ku ambil & aku berzikir bagi mencuci perasaanku juga untuk ketenangan. aku serahkan kepada Allah. jika ada, maka rezekiku kerana aku mohon dariNya, kembalikanlah milikku kepadaku jika masih lagi ditakdirkan untuk aku. jika tidak aku redha. semoga Allah meluruskan perjalananku, meleraikan segala kekusutanku dan meluaskan kesempitanku kerana hanya Dia yang tahu...

Comments

  1. salam vee,
    inayallah klu masih rezeki vee adala ..
    klu tk jumpa pun masih boleh diganti dgn kad2 yg baru kan .. cume kena susah la sikit.

    menjawab soalan psl fb tu ..
    ada juga jenguk sesekali. nampak rancak fb odisi kt situ ...
    hu..hu...

    ReplyDelete
  2. Aby,

    td dh selamat sy wt kad atm baru. Alhamdulillah Allah permudahkan. lps nie nk wt lesen memandu pulak. also nk wt kad pasaraya baru, nk wt cmner, sy redho ajer... psl grup odc di FB, rancak mmg yer tp tanpa aby apa maknanya yer. :-)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Semoga segalanya dipermudahkan Allah. Apa nak buat dah itu takdirnya nak berlaku.

    ReplyDelete
  4. wsalam kak,

    mula2 tuh sakit gak la last2 pk- dh takdir nk wt cmner. lg pun yg ilang tuh seme leh wt baru cuma bak kata aby sakit sket. hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts