ikanku mati

aku suka melihat ikan berenang, dipendekkan cerita aku baru cuba membela beberapa ekor ikan. ikan semuanya yang katek-katek, comel-comel dan halus-halus. aku seronok melihat air, pasir, rumput rumpai ( walaupun plastik) bersatu dan bergabung dan bagi aku membentuk 1 elemen- ketenangan.
walau bagaimanapun, selepas seminggu, ikan-ikan halusku mati. dimulai dengan 2 ekor ikan yang aku tak tahu namanya, diikuti dengan ikan guppy yang comel. ikan guppyku baru mati semalam. kasihan dia... comel sungguh.
yang masih hidup dan selamat ialah 2 ekor ikan tikus, yang juga cantik, comel dan menarik tetapi kurang disukai emakku kerana menurut katanya, ada unsur-unsur pemalas dan dungu. tapi bagi aku, ikan tikus itu tahan lasak, kerana masih hidup walaupun rakan-rakannya yang lain telah menjadi arwah mungkin disebabkan tuannya yang dungu.
emak aku inginkan seekor ikan laga. bukan sahaja emak, malahan nenek dan kakak aku juga mahukan ikan itu. aku tak tahu apa yang istimewanya ikan laga, cuma yang aku tahu, aku suka tengok ikan laga naik marah. menurut seorang mak cik yang agak sadis, sewaktu dia kecil, dia gemar menangkap ikan laga bersama rakan-rakan, ikan laga itu kemudiannya diletakkan 2 ekor di dalam besen, dan mereka ramai-ramai akan memerhatikan apa yang terjadi kemudiannya- pergaduhan, perkelahian dan kematian. atas sebab itu aku kasitahu emak, ikan laga seeloknya diletakkan seekor sahaja, atau dalam erti kata yang lain berseorangan tapi memang aku tak nafikan, ikan laga memang cantik sama seperti ikan guppy yang kembang ekornya.
esok aku akan cuba mendapatkan seekor ikan laga, buat setakat ini, 2 ekor ikan tikusku masih bernyawa. semoga Allah ampunkan aku sekiranya aku berlaku zalim terhadap ikan-ikanku yang telah mati..sebelum ini memang aku ada pengalaman membela ikan, malahan aku ada 4 akuarium yang ikan dan hiasannya bukan calang-calang. ikan-ikan itu semuanya aku bela di facebook. maka tak ada seekor pun yang pernah mati walaupun aku lama tak kasi makan...dalam blog aku ini juga ada beberapa ekor ikan kuning yang aku bela... dah dekat 2 bulan aku tak kasi makan tapi masih hidup air pun cantik walaupun tak bertukar.. aduhai..kalaulah hidup kita semudah itu..

Comments
Post a Comment