teman dunia lain....

aku kini memiliki 3 ekor ikan. 2 ekor sama species, iaitu ikan tikus yang aku namakan tata & titi. manakala yang ke 3 ialah seekor ikan laga, yang bernama lulu.
tata & titi berwarna peach cair. saiznya amat kecil dan halus. bermata merah, ada seakan-akan misai di mulut. tata & titi jenis ikan yang suka duduk di dasar pasir. juga suka menyelinap di bawah batang kayu hiasan. adakalanya suka berenang bagaikan kilat menyambar ke permukaan dan bagaikan kilat juga menjunam ke dasar. aset bagi ikan tikus ini ku kira ialah matanya yang memerah halus serta saiznya yang comel.
lulu adalah seekor ikan laga, berwarna unggu, warnanya menjadi jelas dan pudar mengikut arah. jika aku berdiri arah lain, warna unggunya jelas kelihatan terpancar. jika aku berdiri pula di sudut yang berbeza, warna unggunya akan pudar. lulu suka meronda kawasannya, suka mengorek di celah-celahan batu entah apa yang dicarinya.
aku kasi mereka makan 2 kali sehari. saiz badan mereka pun solid, slim dan bukan jenis yang makan banyak. yang penting, mereka sihat walafiat dan cukup makan serta minum ( bab minum aku rasa sudah berlebih).
setiap hari, aku akan menghabiskan masaku melihat acara renang yang dipersembahkan oleh tata, titi dan lulu. tata & titi ku letakkan di dalam balang. ku hiaskan dengan pasir hitam, rumpai plastik hijau dan aku ambil batang kayu yang diperbuat dari kaca asalnya tempat bergayut burung merpati kaca emak. tetapi burung merpatinya sudah patah, tinggal hanya batang kayunya sahaja. maka aku cuba letakkan sebagai hiasan dan tata serta titi gemar bermain menyelinap di bawahnya.
lulu aku letakkan di dalam bekas plastik yang aku beli dari pekedai ikan. tak mahal langsung, dan aku letakkan batu-batu sungai yang kecil serta 2 batang keladi yang lengkap berdaun. lulu nampak seperti sukakan habitat barunya.
aku suka melihat mereke berenang. yang sebenarnya aku sukakan air. air ialah elemen yang menyejuk dan menenangkan hati. tetapi sehingga sekarang, yang sebenarnya juga... aku geli dengan ikan. terutama yang halus. untuk dipelihara boleh tapi untuk aku pegang.. maaf..
tata, titi & lulu, selamat datang ke duniaku dan terima kasih kepada happy aquarium di facebook ku. disebabkan gigih memmelihara ikan di alam maya, maka aku terbawa-bawa ke dunia luar.

Comments
Post a Comment