antara yang terindah

sudah lama aku tak menjenguk ke sini... kira kalau rumah memang sah berhabuk dan bersawang. ini pun aku mencuri-curi masa di celah-celah kesibukan. hari ini, aku hendak bercerita berkenaan seorang selebreti yang menjadi fenomena di malaya ~ remy ishak.
kata orang, setiap orang di dunia ini akan ada peluang keemasan, walaupun singkat. tetapi, apa kena mengena pula peluang keemasan dengan hero malaya ini? mungkin boleh di katakan rezeki. dipendekkan cerita, aku berpeluang "bersahabat" dengan remy "beberapa kali", secara maya.
telah aku jelaskan, mungkin rezeki dan takdir serta ketentuan. hasil daripada seorang kawan & abang angkat yang menjadi orang tengah, hero malaya ini melayan aku dengan baik di YM. sehingga sekarang namanya masih ada di dalam senarai YMku. ketika kami mula berbual di YM, dia sedang meniti puncak dengan drama arahan khabir bhatia yang juga telah mencipta fenomena ~ nurkasih. bermakna dia sememangnya sudah popular. selalukah aku berpeluang berYM dengannya? jarang-jarang. kalau ada masanya agak pendek.
yang membuatkan aku salute atau tabik kepada hero malaya yang 1 ini ialah dia sudi menjawap offline message dari aku. pernah sekali ketika kami kebetulan berYM, dia memberitahu aku hari tersebut ialah hari lahirnya, sekitar bulan April. dan pernah ketika aku melihat YMnya menyala, aku beranikan diri menegur. dia menjawap dengan icon senyuman dan memaklumkan aku dia berada di Jordan untuk penggambaran drama nurkasih. dan dia sempat bertanya aku menonton atau tidak nurkasih. pernah juga kami berbual secara pendek berkenaan filem-filem asing. ternyata remy ishak juga seorang yang sukakan filem-filem non-hollywood sebagai rujukan untuk homeworknya, ada dia berpesan kepada aku 1 nama pengarah filem asing yang bukan hollywood untuk di tonton kerana dia adalah seorang peminat pengarah tersebut. yang menjadikan kami boleh berbual mengenai tajuk tersebut ialah apabila aku membuat review berkenaan filem lakunannya~ anak halal secara live di YM sewaktu berbual.
dia sukakan review aku, terutama pandangan aku berkenaan isi, tema filem tersebut. pernah juga sekali aku menyapanya di YM, dia menjawap lesu dan memberitahu dia sedang MC kerana demam. pada waktu itu lakunannya sedang ditayangkan di tv3 menerusi slot samarinda. dia membawa watak anak raja yang bergelar tengku bersama lisa surihani. drama itu di adaptasikan dari sebuah novel dan aku memaklumkan kepada nya bahawa aku tidak tahu drama itu adalah adaptasi dari novel dan jawapan darinya ketika itu ialah ~ lah... takkan tak tahu?
aku tersenyum seorang diri bila terkenangkan ini semua. mungkin ada yang menyangkal benarkah itu remy? mungkin orang lain. tapi walau apa pun aku tetap menghargai saat-saat itu. kerana apa? kerana ia menyeronokkan dan sangat menarik bagiku. pengalaman ini membuatkan aku tahu siapa remy ishak, hero malaya. secara umumnya, dia seorang yang mempunyai emosi, tahu akan keperluan orang lain.
sekarang? sekarang aku sudah jarang di YM. ada juga sekali sekala aku mengirim offline message kepada remy. terima kasih aku ucapkan di atas "kebaikannya" dan kesudiannya itu. semoga remy akan terus memiliki daya emosi walaupun tidak tinggi tetapi sepaling kurang tetap wujud. terima kasih hero malaya...

Semoga silatulrahim terus terjalin.
ReplyDeletetq kak anie. semoga itu yg terjd d antara kita.. betui x? miss u n our old days...
ReplyDelete