Dahlia oh Dahlia...

huh! mentang-mentang aku sudah bersalin kulit, jari aku gatal hendak menulis tak henti-henti.. ok.. kali ini episod apa pula? mungkin sesiapa yang membaca, pasti akan perasan aku kebelakangan ini suka dan gemar menulis pengalaman peribadi aku dengan artis. why not.. merupakan sebahagian dari memori yang akan aku simpan mungkin sampai ke hari tuaku nanti, siapa yang tahu apatah lagi kalau umurku panjang nanti... ;-)
aku tergerak hati mahu bercerita berkenaan Daphne Iking. AKA Dahlia. iya... seorang wanita dari sabah yang menawan. seorang pribumi borneo yang juga merupakan seorang anak malaysia seperti aku. apa cerita daphne kali ini?
sebagai seorang yang gemar "follow" twitter, aku adalah salah seorang dari followernya. sempat juga beberapa kali kami berbalas twit walaupun tidak selalu tetapi wanita cantik ini sempat juga membalas beberapa twit aku yang tidak sebeberapa dan serba kekurangan. hendak dijadikan cerita, wanita ini teruk di kecam di dalam forum di internet juga di laman twitter. ini terjadi selepas dia memeluk agama islam. macam-macam yang dikatakan kepadanya oleh pengguna internet.
ramai yang menuduh beliau menjadi seorang islam hanya semata-mata kerana mahu berkahwin dengan seorang muslim. ada yang meragui keislamannya. ada yang menghinanya dengan mengungkit sejarah silamnya. aku pula di dalam perkara seumpama ini lebih gemar menyerahkan hukuman kepada Allah SWT.
daphne dikutuk kerana memilih islam, atas alasan dia tidak ikhlas, dia wanita yang semberono. aku kecut sewaktu membaca bait demi bait yang ditulis kepadanya, aku berasa kecut perut dan perasaan kerana hanya Allah yang tahu niat seseorang, hanya Allah yang layak menjatuhi hukuman, sebagai seorang saudara baru daphne patut dibimbing dan di ajar bukan dikeji dan dicerca itu fikiranku pada ketika itu dan lahir serta timbul perasaan simpatiku terhadapnya.
sedangkan yang lahir islam seperti aku juga alpa, fana dan lalai serta leka... inikan pula saudara baru. hanya aku mahu kalau boleh janganlah dihina, dipandang rendah niatnya mahu menjadi seorang islam, kita tidak tahu mungkin sekarang dia menjadi islam kerana seorang lelaki, tetapi siapa yang tahu satu hari nanti dia menjadi seorang muslimah yang mukmin dan taat kepada Allah. bagi aku, yang baik boleh berubah jadi sebaliknya, begitu juga yang jahat, boleh berubah. seseorang itu bagi aku ada yang tidak akan selamanya kufur atau mati kufur kerana perjalanan kita sekiranya umur masih panjang, bukan ditentukan dengan apa yang kita ada sekarang, tetapi akan ditentukan dengan pengakhiran kita.
aku dapat membaca isihatinya yang diluahkan melalui twitnya. maka aku dengan rendah diri, aku menhantar twit aku nan hina kepadanya, memberitahunya dia menjadi seorang islam bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah dan kita juga hidup kerana Allah. aku meminta dia agar terus kuat dan berusaha menjadi seorang muslimah yang sejati. ujian dan dugaan memang tidak akan berhenti selagi kita masih hidup di dunia dan bukan senang untuk menjadi seorang mukmin.
tidak lama selepas itu, aku mendapati ada satu private message untukku, dari daphne. aku segera membukanya. aku lantas membacanya. rupanya daphne memberitahuku mengenai isihatinya terhadap pandangan ramai terhadapnya. agak belas dan ihsan aku membacanya, seorang saudara baru diperlakukan begitu. aku tak berdaya untuk membalasnya memandangkan dia tidak memilih aplikasi PM. maka aku tidak boleh membalas, aku hanya boleh menerima darinya.
buat daphne, aku ingin mengucapkan terimakasih di atas PM tersebut. it makes my day. apa yang boleh aku katakan, hendak bergelar mukmin bukanlah senang, kita perlu menghadapi susah dan payah serta ujian dan dugaan. lihat sahaja nabi kita, Muhammad bin Abdullah. begitu juga para sahabatnya yang membayar keislaman mereka dengan darah dan air mata serta kesabaran. tetapi lihatlah hasilnya kini...
aku berdoa semoga daphne ataupun dahlia dirahmati Allah dan akan terus tabah menghadapi dugaan dan cabaran sebagai seorang islam. satu hari kelak, kita takkan tahu kedudukan kita di sisi Allah. yang penting... teruslah bercinta dengan Allah. kerana Allah itu adalah cinta, dan cinta adalah Dia.
terima kasih Tuhanku di atas "rezeki" yang aku dapat ini, walaupun hanya di alam maya tetapi bermakna buatku... Alhamdulillah...

Comments
Post a Comment