terima kasih tuhanku...



bagaimana mahu menangani stress? aku tidak ada cara yang baik ataupun bagus selain dari berzikir. aku baru mengalami satu insiden yang cukup menyeksakan sebentar tadi. aku diminta bertanggungjawab di atas perbuatanku. iya aku akui akan kesalahan dan kesilapan aku.

aku telah menyalahgunakan beberapa perkara. sepatutnya aku bertanggunjawab sejak lama dahulu bagi menyelesaikan perkara ini. terbukti aku yang bersalah, lalu aku di minta untuk bertanggungjawab. dan aku mengambil tanggunjawab itu dengan tangan yang terbuka, walaupun hatiku pahit kerana ada unsur kemarahan orang atasan terhadap aku.

perasaan aku bercampur, sedih, keliru, kucar kacir dan sedikit marah kepada diri sendiri. pada waktu itu memang fikiranku serabut yang teramat sangat, hanya Allah yang tahu. lalu aku kembali ke tempat duduk ku, aku duduk, aku tarik nafas, aku berfikir secara terbuka, aku pandang ke hadapanku, aku ambil buku zikir yang menghimpunkan zikrullah dan selawat kepada Rasul.

aku buka, aku mula berzikir dan berselawat. aku kosongkan mindaku, kepalaku dari semua perkara melainkan satu perkara iaitu Allah Taala. Aku pusatkan pemikiranku hanya kepada Dia, sambil mulutku mengalunkan zikir dan sambil jejariku menjadi tasbih kepada zikirku.

aku habiskan zikirku mengikut tertib, aku sambung lagi dengan zikir imam Ghazali, aku mengangkat tangan mengalunkan doa yang biasa aku minta selepas solat lima waktu, tatkala selepas aku mengaminkan doa dan menyapu muka, aku tenang, aku kuat, aku gembira, aku riang, segala kekesalan, segala kerumitan, segala kemarahan, segala keperitan, keributan aku tidak tahu lepas ke mana.... dan aku tenang..

Alhamdulillah.. aku tidak perlukan pil penenang, cukup Allah buatku. terima kasih Tuhan... dan paling perit buatku, aku menghadapi ini semua tatkala aku di datangi keuzuran untuk bersolat. tetapi aku lawan itu semua dengan zikrullah dan selawat yang berpanjangan. hasilnya.. aku tetap bersama Allah. habis hilang semua kemurunganku.

pesananku, jika ini terjadi kepada anda, jangan ragu-ragu.. sila lah basahkan lidah dengan zikrullah dan selawat ke atas NabiNya. sesungguhnya Allah adalah penawar. terima kasih Allah.

Comments

Popular Posts