amanah yang diberi...
pada malam ini aku mahu berbicara tentang kerja.
iya tentang kerja atau pekerjaan.
aku dapati, bekerja dengan minat, ikhlas dan mencabar merupakan beberapa perkara yang sangat "menyihatkan", dan membuatkan kita merasa teruja untuk meneruskan pekerjaan.
setelah berbelas tahun bekerja dan menjawat jawatan sebagai seorang penjawat awam, aku dapat merasakan nikmat bekerja setelah aku mula meneliti beberapa perkara.
antaranya ialah, niat. niat kerana memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah, Tuhan sekalian alam. aku rasa tidak senang apabila amanah Raja kepada segala raja ini tidak disempurnakan. atas sebab itu, aku setia pulang pada masa yang telah ditetapkan oleh jabatan, sebagai contoh..
minat juga boleh diambil kira. disebabkan minat, maka kita berupaya melakukan pekerjaan yang telah diamanahkan. kerana minat juga kita memohon pekerjaan yang sedang kita sandang sekarang bukan? walaupun ada kes yang melibatkan memohon kerana sudah tidak ada pilihan. tetapi abaikan perkara itu.
tetapi yang paling penting, tanggungjawab. aku bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja di tempat kerja kerana itu sudah tanggungjawabku. jika aku tidak usahakan, bila kerja akan sempurna? seperkara lagi, rasa puas di hati yang timbul setelah kerja-kerja berjaya disempurnakan juga menjadi pendorong kepada perlaksanaan tugas. iya, memang hati rasa puas yang teramat apabila berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan.
cara aku mudah sahaja. sampai sahaja aku ke tempat kerja, aku terus melakukan kerja-kerja rutin. dari pagi hinggalah ke masa yang ditetapkan. aku amalkan sistem menyusun tugas-tugasanku. apa sahaja yang ada di atas meja, aku ambil, aku sempurnakan, siapkan dan letakkan di tempat yang sepatutnya.
aku amalkan membaca minit mesyuarat yang aku bawa pulang dari mesyuarat, aku letakkan di dalam tray dan setiap hari aku baca perkara-perkara penting yang telah di sebut di dalam mesyuarat yang terkini kemudian aku pecahkan kepada beberapa bahagian aku tulis semula di atas kertas memo dan aku tampalkan di papan kenyataan. aku akan periksa kesemuanya samada sudah siap atau belum. iya, dengan cara itu memang krja-kerja aku setakat ini sempurna.
rasa puas setelah selesai membuat kerja memang tidak dapat digambarkan. tetapi lain orang lain caranya. bagi aku pula, aku sentiasa mengawasi diriku di tempat kerja, agar amanah yang diberikan aku junjung dengan segenap tenaga. aku tidak mahu terbabas. asal sahaja tidak ada penyakit malas di dalam diri kita.
untuk mengubati malas, bagi aku adalah dengan tidak meninggalkan solat, mengamalkan solat-solat sunat, membaca Al-Quraan dan terjemahan, berzikir serta berselawat. Insya-Allah kita tidak akan menjadi malas. orang Islam tidak sepatutnya menjadi malas. itu yang selalu aku katakan kepada diriku.
untuk tahun ini, aku berazam untuk membaiki mutu kerja, dengan ikhlas serta kerana Allah Ta'ala. semoga aku terus kuat dan tabah.

Comments
Post a Comment