misi tercapai..

Alhamdulillah... akhirnya berjaya juga aku menunaikan misi yang telah sekian lama tertangguh, iaitu mengemaskan almari pakaianku yang telah berusia dua puluh dua tahun. disebabkan aku pengikut setia kaedah 5S, maka aku mengamalkannya bukan hanya di pejabat malahan di dalam kehiudpanku seharian. termasuklah kepada almari kalsik ku itu. caranya, aku kumpulkan semua pakaian. aku bahagikan kepada beberapa zon. ada zon baju kerja yang aku pecahkan kepada dua zon, baju kurung standard dan baju kurung uniform kelab guru. seterusnya bahagian atas almari aku letakkan untuk pakaian yang jarang aku gunakan. segala jenis blouse aku letakkan dalam satu zon, manakala t.shirt pula aku letakkan juga di dalam zon yang khusus. apa lagi yer? aku utamakan perkara-perkara yang menjadi pencarian aku yang paling utama, contohnya pakaian kerja aku susun di tempat yang senang aku capai, manakala yang jarang-jarang aku usik aku letakkan nun di puncak sana. asal sahaja aku ingat di mana maka senang lah untuk aku mencarinya dan tidaklah aku menghabiskan masa mencari serta membongkar barang yang hilang ( satu sifat buruk aku yang aku cuba "hambat" tahun ini). persoalannya... sebelum ini dimanakah aku letakkan pakaian-pakaianku? jawapannya, aku tambun atas katil arwah emak aku. ada sebabnya. kerana aku sengaja enggan membiarkan katil emak kosong. memori dengan emak pasti menyusul, dan hatiku sedih serta merinduinya. oleh itu aku gunakan kaedah tambun pakaianku atas katilnya. sekarang kenapa sudah boleh mengemas? sudah bolehkah pandang katil kosong emak? jawapannya belum lagi. aku tidak tinggalkan katil emak kosong sekosong-kosongnya. masih ada beberapa lagi tambunan yang terdiri dari tambunan bantal-bantal serta kusyen, tudung-tudung pendek aku yang aku tidak tahu mahu diletakkan di mana, bakul dvd aku serta barang-barang lain. biarkan lah disitu..... asal sahaja jangan ia kosong. jadi bagaimana perasaan aku sekarang? puas. iya setelah misi berjaya. Alhamdulillah. :)

Comments

Popular Posts