empat tahun telah berlalu...
terlalu banyak yang telah berlaku
sepanjang tempoh itu.
terlalu banyak perkara, dan perubahan. dari ada kepada tiada. dari tiada kepada ada. apa yang boleh aku katakan hanyalah, aku tetap di sini, masih dipanjangkan usia oleh Rab. masih bernafas.
sempat juga sebentar aku meluangkan masa melihat post-post lama ku dahulu. ada yang sudah aku lupa...
2016, tahun terakhir aku menulis. selepas itu aku sepi... sepi mengalahkan lagu nyanyian Yuni Shara. sepi sesepi sepinya.
apa yang terjadi di dalam tempoh itu? banyak...
antaranya ialah:-
2017- konflik di tempat kerja
2018- ketua jabatan ku bertukar. bermula lah episod neraka.
2019- ketua jabatan ku ditukarkan. masuk ketua jabatan yang baru. syurga baru bermula.
2020- syurga, tamat belajar dalam bidang sarjana muda psychology di OUM, tiada konvo kerana COVID-19, rutin yang sama.
kini tahun 2020 hanya tiga bulan masih berbaki. kita tunggu dan lihat, jika aku masih setia di sini..
terima kasih kepada sesiapa yang pernah bersamaku, dan yang masih bersamaku... doakan semoga keinginan kita sama-sama tercapai... Ameen.
Semoga aku kembali lagi...


Comments
Post a Comment