Assalamualaikum semua.. 

yes i am back. for the first time this year, after a year break. 😋

tahan lah kan kalau dibandingkan dengan empat tahun gap. yer... i was absent for four years, since 2016 and i came back again in 2020...now as expected i disappear once again but at least for only a year. ok lah tu kot... 👧

so apa perkembangan terkini dan terbaru? 

september 2020 aku sambung belajar, kali ini peringkat diploma. ambil pengajian Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak. yang ini atas arahan jabatan. tak pergi akan diberhentikan atau di turunkan tugas menjadi PPP. yer lah gred S19. wajib diupgradekan menjadi S29. 

so here i am again... dah habis buat degree, buat lagi kali ini diploma. orang lain terus ke depan aku reverse ke belakang. terbalikkan tapi tak apalah janji insya-allah aku ada dua kelulusan, satu degree, satu diploma. Alhamdulillah for everything.

lain-lain? masih sama. kelas kembali ber PdPR. dugaan & cabaran. i still love my job at the moment. happy dan tenang di tempat kerja. Alhamdulillah. 

minat? masih sama. masih minat kepada entertainment. semenjak PKP, minat aku beralih kepada Far east. aku mula menonton drama korea. ok lah not bad... mungkin sudah jemu dengan Barat. 😩 setakat ini memang aku melekat di hadapan tv menonton K-drama mostly. dan filem-filem korea. 

financial? alhamdulillah aku tidak menghadapi masalah dari segi kewangan, keperluanku cukup semuanya buat setakat ini dengan izin Allah. 

family? masih sama. aku masih tinggal bersama keluarga. dan mereka sihat. biasalah ada yang menghidap penyakit. tetapi itu normal tambahan pula kami semua sudah berusia. 

itu lah serba sedikit kehidupan aku kini. Alhamdulillah untuk segala-galanya... 

insya-allah bila mood aku datang lagi aku akan kembali menulis... aku undur diri dahulu. 

Hasta La Vista. 




Comments

Popular Posts