Siapa Engkau?

aku ada terlihat kelibat di belakang rumahku. sekilas hatiku berkata bahawa kelibat itu bukan "penduduk setempat" di sini. kerana aku kenal "mereka-mereka" yang menumpang menghuni di kawasan ini. ataupun mungkin aku yang di kira menumpang di sini memandangkan mereka yang terlebih dahulu menetap di sini sebelum aku.
kelibat itu aku rasakan mempunyai niat sesuatu. tetapi aku terus berpura-pura tidak tahu dan memberitahu akalku mungkin hanya perasaanku sahaja. namun, di satu malam yang hening, abangku memberitahuku beberapa peristiwa aneh yang menimpanya. aku hanya mendengar. namun entah mengapa apa yang menimpa abangku, membuatkan bayangan kelibat itu menjelma kembali dalam pemikiranku.
hmmm... mungkin sukar untuk aku nyatakan secara bertulis. tetapi cukuplah aku katakan, aku hanya mampu berlindung di bawah naungan Illahi. aku menasihati abangku supaya jangan sesekali meninggalkan solat fardhu, banyakkan bersujud serta amalkan membaca surah Yaasin setiap hari. jika boleh, amalkanlah surah-surah yang menjadi amalan Rasulullah seharian. juga aku menggingatkan dia supaya jangan sesekali lupa membaca ayat-ayat pendinding. jangan leka untuk berzikir, kerana zikrullah adalah senjata yang boleh memukul syaitan.
abangku mengakui, kebelakangan ini dia merasa agak culas untuk beribadat, dan dia juga merasa sakit-sakit di badannya. aku beritahu abangku, Syaitan tidak pernah jemu menyesatkan anak-anak Adam. abang aku hanya terdiam.
kepada kelibat itu... jika engkau mempunyai niat yang jahat, nyahlah engkau dari sini. jika engkau mahu menentang aku dan keluargaku, silakan... tetapi ingat, mampukah engkau menentang Allah dan kalimahNya? sesungguhnya aku terlalu berlindung di bawah naunganNya.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... lindungilah aku dan keluargaku dari gangguan syaitan yang direjam.. sesungguhnya hanya kepada Engkau kami berlindung dan memohon pertolongan...
aper yg danna nmpk?
ReplyDeletepocong. kat belakang umah. dia berdiri di tgh2 pokok2 kelapa. tp dia bkn penduduk asal sini. ada unsur2 di hantar org.
ReplyDeleteade pocong penduduk asal ker ...
ReplyDeletehehe.. aby.. ada.. kat umah aby 2 pun ada penduduk asal. cuba kenalpasti yg mana aby biasa nampak. n yg mana tiba2 ajer baru dtg. :)
ReplyDeletevee ...
ReplyDeleteaby ni otak lembab sikit ..
mcm mane nk kenal pasti yg asal dan yg mendatang tuh ... klu nampak pun tk tau bezakan ...
Vee, pocong tu ada rupa maya karin tak? :D
ReplyDeleteaby,
ReplyDeletesenang ajer... kalo sokmo nampak hok tu ajer, means dia mmg "org situ". depa nie degil. x nak pegi dari tmpt kita nie sbb bg depa, depa dtg dulu. kita yg kena pegi. tu sbb kdg2 dlm 1 umah tuh leh jd panaz, gado sana gado sini, x tenteram n mcm2 lg. nk lwn tu seme sentiasa bc Al-Quraan, solat jgn tinggal, malahan tambah lg waktu solat ngn solat sunat, zikir jgn abaikan. sepaling kurang, depa lemah. setiapkali nk masuk umah, bc Bismillah. tu kalo jin kapir la... tp kalo jin islam, ada harapan dia jatuh suka lak kat kita n nk berkwn.
kak intan,
maya karin ada kat pokok kat luar umah nie. kami ada 2 pokok kuinin yg arwah tok tanam. dia duk situ. situ mmg umah dia. degil n x nak kuar dari sini.dia slh 1 dari penduduk asal sini. sini dulu hutan tebal. hok pocong tuh berbungkus putih. x nampak muka. kdg2 dia baring celah2 pokok kelapa belakang umah, kdg2 dia berdiri tegak. tu seme mainan syaitan. yg penting, jgn takut kat deme.
vee...
ReplyDeletetng bace quran tu insyallah ..
saye masih berpegang teguh pd hadis ni ..
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).
masih mengajar anak membace lg ..
insyaallah rumah sejuk kot ...
tng rupe pocong ..
ReplyDeletesaye tk kisah klu muke mcm Julia Robert atau Gwyneth Pathrow atau Natalie portman tuh ..
sbb saye tk tengok sangat ..
yg takut menyerupai yg ade ...
sbb nanti jadi mcm crite Julia Robert tuu..
Sleeping With The Enemy ...
hu..hu..
aby,
ReplyDeleterumah yg dibckan ayat2 al-quraan menjadi bercahaya dan dimasuki malaikat. insya-allah... semoga rumah kita semua dirahmati & dilindungi. jika ada gangguan, bckan surah yaasin. ayat pendinding juga jgn dilupakan. itulah senjata kita org Islam. yg pasti, di mana sahaja kita berada, kita x dpt lari dari berkongsi tmpt dgn "mrk".
hadis yg aby pegang tu juga ialah hadis yg sy pegang kukuh biler teringatkan jasa2 kwn2 sy yg byk mengajar sy ttg Al-Quraan.
harap2 gitu la vee ..
ReplyDeletememang kite sentiase mengharap perlindungan allah dalam memelihara keluarga kite dari gangguan2 yg tidak terlihat oleh mate ..
blh kongsi ape ayat2 pelindung yg vee amalkan ???
ayat lazim ajer... aby pun mmg amalkan rasanya. ayat Kursi, Al-Fatehah, 4 Qul, lps subuh & asar bc surah Al-Hasyr ayat 22-24 sebanyak 3x. setiap hari bc surah yaasin. lps 2 zikrullah byk2.
ReplyDeleteasalnya sy amalkan nie masa terkena sihir dulu.
aby lak share or tambah2kan mana yg sy tertinggal yer. thx.. sama2 kita kongsi.
tang al hasyr 22-24 tu bukan hanya baik malah antare yg terbaik utk d amalkan ..
ReplyDeletesbb kat ketiga2 ayat tu terkandungnye asmaul husna .. name2 allah ..
mcm ayat ke 22, dah ade, huar Rohman nur Rohim ..
ayat 23 pule, ade Qudus, Salam, Mukminin, Jabarul, Mutakabbir,
lps tu siap tasbih lagi .. Subhanaullahu am yusrikun...
satu ayat yg cukup indah d hias dgn name2 allah ...
klu kite hari hari sebut mane pencipta kite vee.. insyallah .. pencipte kite akan ingat kat kite juge ...
pembetulan.. amma yusrikum ...
ReplyDeletebukan am yusrikun
tk tau edit lg ..
he..he...
Vee, apa saja kita buat utk kebaikan diri kita, kita buat jek dgn ikhlas. Bab hantu2 ni akak dah biasa, kat umah mak tu selalu ada mcm2 tapi kami buat biasa jek. Rasanya akak tak perlu nak citer detail.
ReplyDeleteJgn lupa update blog ye Vee and be yourself.
Hv a nice day :)
satu tulisan yg menarik masuk kt mel yg saye rase elok utk di kongsi same ....
ReplyDeleteSetahu saya, yang menyerupai orang mati itu namanya qarin. Tiap-tiap manusia yang dilahirkan di dunia ini disertakan qarin. Siapakah qarin? Ada disebut dalam hadis Nabi:
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: "Tidak seorangpun di antara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya." Para sahabat bertanya: "Anda juga ya Rasulullah?" Jawab baginda: "Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodaku akhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruhku melainkan untuk kebaikan." (HR Muslim)
Menurut JAKIM, huraian hadis ini : Setiap manusia yang lahir disertakan 'qarin' oleh Allah yang bertugas sebagai 'penggoda' seseorang itu sejak seseorang itu lahir hinggalah saat kematiannya. Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas, Qarin adalah dari golongan jin. Ia sentiasa mengajak manusia yang didampingi ke arah kejahatan. Sedangkan sifat manusia itu lemah, mudah lupa menjadi penyebab terjerumusnya manusia ke lembah nista dan kemaksiatan akibat tergoda dengan hasutan qarin ini. Hanya Rasulullah s.a.w sahaja yang tidak dapat digoda oleh Qarin. Dalam al-quran. Allah SWT berfirman: "Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (al-quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) , maka syaitan itulah yang menjadi qarin (teman yang selalu menyertainya) .(az-Zukhruf: 36)
Masalahnya, bila seseorang manusia itu meninggal, qarinnya tidak meninggal, ikut 'tuan' dia. Betulkan saya juga saya silap. Jadi bayangkan berapa ramai qarin manusia yang sudah mati ini? Qarin yang 'tuannya' mati ini tidak lagi mengganggu 'tuannya', tetapi mulai menyerupai 'tuannya' dan melakonkan semula apa yang dilakukan oleh 'tuannya' di dunia ini.
Kadang-kadang kita dengar, orang cerita meraka terserempak dengan orang yang sudah mati, atau terlihat 'ruh' orang mati kena langgar di jalan/highway dan sebagainya, maka apa yang mereka nampak itu sebenarnya qarin orang yang sudah meninggal di situlah. Qarin ini akan melakonkan semula apa yang terjadi pada tuannya berulang-ulang, mungkin mengikut apa yang disukainya.. .
Tak perlu takut dengan qarin yang ditinggalkan manusia yang sudah mati ini, dia tak boleh mengapa-apakan manusia, sebab status menusia itu sendiri lebih mulia daipada dia. Kalau taknak terserempak dengan mereka, eloklah baca 'bismillahhilazi. .' tiap-tiap hari, 3 kali seleps subuh dan 3 kali selepas maghrib. Insya Allah tiada gangguan.
kak intan,
ReplyDeleteslh 1 dari kisah tetap dlm blog nie ialah berkenaan jin krn ada sebab2 tertentu. my old post di belakang mmg dh ada psl jin. cuma sy x tulis tiap2 bln. tp insya-allah mmg akn selalu ada.
psl umah mak akak, mmg di mana2 kita pegi & tinggal, kita akn ditakdirkn hidup bersama mrk & kita mmg x prnh berseorangan. ada yg bole melihat golongan ini ( bilangannya kecik), ada yg tidak. tp sepaling tidak, kehadiran mrk tetap bole kita rasa.
pendek kata, salah satu sbb blog ini dibuat adalah menceritakan pengalaman supernatural yg saya alami yg berlaku atas izin Allah. insya-allah sy akn updatekan blog nie, cuma skrg kebizian terlalu melanda.... TQ kak..
salam aby,
ReplyDeleteidea yg baguz. i mean bab Qarin. aby mmg dh tau yg Qarin kita nie kafir. & selalu ajak kita buat jahat. kalau kita dekat dgn Allah, dia akn kalah & kita akn menguasai mrk. i will write later abt Qarin. Qarin nie dia duk kalo x belah kiri, belah kanan. Qarin yg duk belah kiri, ialah qarin yg jahat. manakala yg duk belah kanan, qarin yg tunduk kpd kembarnya. & biasanya kembar manusia dia ialah yg beriman, mukmin & x lekang dgn al-quraan, zikrullah & solat. & yes... Qarin mmg mirip kita dari rupa. kalo nk tgk qarin camner, tgk la perangai buruk kita...
semoga Qarin kita berada di belah kanan.
vee..
ReplyDeleteelok juge klu nak bercerite psl qarin nih sbb dalam quran pun ade ayat2 yg berbunyi qo la qo ri nu hu ....
klu ade d sebuat dalam quran pasti ianye wujud ...
teringat mase kecik2 dulu ...
mcm mane org tua kite tanam uri selepas kelahiran bayi ..
kate nye .. ia kawan bayi ..
d tanam dengan sempura, siap dia letak pelita lg bile malam ...
semate mate sbb kate nye ia tu kwn bayi ...
ade kah ni juge dalam qarinnnn...
satu tulisan dari ust haron din ..
ReplyDeletesekadar utk kongsi bersame ..
Pada Harakah beberapa keluaran lepas, saya telah jelaskan bahawa orang yang telah mati, ruh mereka berada dalam alam barzakh sehinggalah dibangunkan semula pada Hari Kiamat besar. Ertinya,orang-orang telah meninggal dunia, tidak mungkin kembali sebagaimana orang hidup.
Pada saya, apa yang saudari sebutkan berlaku, hal seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh membawa kepada kerosakan, atau sekurang-kurangnya cacat akidah, tidak boleh mempercayai orang yang telah kembali ke alam kubur boleh kembali ke dunia, boleh menziarahi keluarga atau bercakap-cakap semula dengan orang yang mengenalinya.
Meskipun hal ini ada possibility, tetapi tidak mungkin berlaku dalam alam realiti. Yang mereka berjumpa itu bukan orang yang telah mati, besar kemungkinan itu adalah sejenis makhluk halus yang al-Quran mengistilahkannya sebagai Qareen.
Dalam Surah Fussilat, ayat 25 (mafhumnya),"Dan kami tetapkan bagi mereka teman-teman (Qareen) yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan (hukuman) asal, pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan manusia bahawa sesungguhnya mereka adalah golongan yang rugi."
Ayat ini merujuk kepada adanya, makhluk halus yang dipanggil Qareen atau Quranah (jin yang menjadi sahabat baik kepada manusia).
Dalam Surah an-Nisa, ayat 38 (mafhumnya),"....Dan sesiapa yang menjadikan syaitan itu kawan setianya, maka dia mendapat kawan setia yang amat jahat."
Pada Hari Kiamat bila insan dibangkitkan, dan mendapati dirinya termasuk dalam golongan yang derhaka terhadap Allah S.W.T, mereka saling menyalahkan antara satu sama lain, terutamanya menyalahkan Qareennya (syaitan yang menjadi kawan mereka). Seperti yang disebut dalam Surah Qaaf, ayat 27 (mafhumnya),"Berkatalah (syaitan yang menjadi kawan baik manusia), 'Wahai Tuhan kami! aku tidak menzaliminya, akan tetapi dia sendirilah yang melakukan kesesatan yang amat jauh (terhadap-Mu)."
Banyak ayat-ayat yang berkenaan Qareen seperti Surah as-Saffaat (51), Surah Zukhruf (38), Surah Qaaf (23) dan ayat-ayat lain.
Qareen berbeza istilahnya daripada ifrit, jin, syaitan dan sebagainya, kerana Qareen ini dirujuk sebagai makhluk halus yang berdampingan dengan manusia sehingga menjadi kawan rapat yang boleh bantu membantu.
Malah Allah memberi penjelasan bahawa manusia berlindung dengan jin seperti disebut dalam Surah Jin ayat 6 (mafhumnya),"Dan bahawa sesungguhnya ada kalangan laki-laki manusia, berlindung dengan laki-laki daripada jin, maka bertambah-tambahlah kejahatan syaitan ke atas manusia."
Ayat ini merujuk kepada persahabatan yang begitu rapat antara manusia dengan jin, sehingga menganggap jin ada kuasa, ada kebolehan untuk melindungi manusia, mereka berlindung dengan jin, mereka tidak berlindung dengan Allah.
Ini adalah Qareen, sehingga sesudah mati manusia itu pun, jin ini boleh menyerupai seperti mereka untuk menyesatkan manusia dan mencederakan aqidah manusia, wallahu a'lam.