Sabar
perkataan sabar cukup senang diucapkan. tetapi adakah sesenang itu dilaksanakan? bagi aku, bukan satu perkara yang mudah untuk bersabar. sabar adalah satu sifat yang cukup susah untuk diamalkan, malahan sukar rasanya dijadikan tabiat kerana terlalu mustahil untuk seorang manusia menjadi penyabar.
naluri manusia yang mahukan sesuatu disegerakan menjadikan sabar adakalanya hanya mampu disebut sahaja. tetapi tidak dapat dipraktikkan. apatah lagi apabila soal hati timbul. begitu juga dengan perasaan. apabila terjadinya sesuatu perkara yang membabitkan kemarahan terutamanya, sabar mungkin tidak dapat diamalkan. dan mampukah kita bersabar? bersabar menghadapi dugaan, ujian, kesusahan, penderitaan?
aku mahu menceritakan mengenai seorang wanita. wanita ini telah diuji dengan sungguh kritikal dan meruncing. kisah hidupnya sangat tragis. wanita ini bernama Fatimah. mempunyai seorang suami dan dua orang anak, seorang perempuan dan seorang lelaki. hidupnya dilanda badai apabila Allah mentakdirkan suaminya bernikah satu lagi. bermakna bermulalah episod dirinya diduga dengan dugaan yang cukup perit untuk seorang wanita.... iaitu suami.

dipendekkan cerita, Fatimah rasa terbuang apatah lagi selepas bernikah baru, suaminya tidak pulang. dia menjadi tidak keruan. dia tidak dapat menyabarkan hatinya walau sekelumit. sehinggakan timbul perasaan mahu mengambil nyawa sendiri, akibat rasa kecewa yang teramat. mujur juga anak-anak yang masih kecil dan tergapai-gapai di dalam rumahnya membuatkan dia beristhgfar dan tidak meneruskan untuk mendengar hasutan Iblis dan syaitan. maka Fatimah cuba memulakan era baru dalam hidupnya walaupun hatinya terlalu merindui suaminya.
Fatimah kini mempunyai rutin yang baru. dia menjual pisang goreng bagi menyara anak-anaknya yang masih kecil. dia mula menanam sifat sabar dalam dirinya. manakala suaminya masih lagi akur dengan hasutan syaitan dengan cara berlaku zalim dalam berpoligami. Fatimah mula berjinak-jinak dengan keagamaan, keimanan dan ketuhanan. disebabkan suaminya tidak pulang, maka waktu itu digunakan olehnya untuk bercinta dan berkasih sayang dengan Zat yang maha Agung, Allah SWT. dia sentiasa sujud, sentiasa memohon kekuatan bagi dibuatnya bekalan untuk dia bersabar kerana dia mahu lulus ujian Allah yang satu ini, dan dia juga merintih memohon agar Allah hilangkan segala dukacitanya.
tak jemu-jemu dia sujud dan berdoa, juga bersabar membesarkan anak-anak tanpa suami yang sedang lalai dan engkar terhadap amanah tuhan. sehinggalah di satu hari dia menyedari, dia sudah tidak cintakan suaminya lagi... dia juga sudah tidak ada rasa rindu terhadap suaminya. dua perkara yang pada mulanya menjadi duri dalam dagingnya.. iaitu cinta dan rindu yang mendalam kepada suaminya... tetapi tiba-tiba sudah hilang seolah-olah ditarik keluar secara lembut dari dadanya. Fatimah mula melangkah jauh. hari-hari yang dilaluinya semakin ceria buatnya. dia bahagia dengan anak-anak, dia bahagia mengoreng pisang demi menyara anak-anaknya dan paling penting dia bahagia dengan percintaannya yang baru, cinta di atas sejadah buruk miliknya dan dia bahagia dengan aktiviti membaca surat cinta dari Illahi- Al-Quraan Nur Qarim. akhirnya masalahnya hilang begitu sahaja, dia menjadi semakin kuat, kesabarannya semakin mengunung dan dia sudah tidak menangis serta mengeluh.
walaupun tanpa seorang suami yang enggan pulang menjenguk, dia mampu merasa bahagia bersama anak-anak malahan rezeki tidak putus... itulah manisnya apabila memilih kesabaran sebagai senjata melawan penderitaan dan dugaan..
sabar adalah pahit tetapi hasilnya manis. berkat kegigihan fatimah, anaknya ada yang memasuki universiti. dan pada ketika inilah suaminya mula mahu kembali ke pangkuannya. suaminya mula menjenguk dan akhirnya mahu kembali kepadanya. Fatimah bukan sahaja penyabar, malahan seorang yang pemaaf. tapi maafnya bersama bisa apabila dia berterus terang kepada suaminya, dia sudah tidak mempunyai rasa cinta & sayang, hanya ingatan sahaja...suaminya faham dan menerima apa sahaja keadaan dengan redha dan hati terbuka.sang suami kini sudah mula berlaku adil, malahan isteri kedua juga sudah mula akrab dengan Fatimah dan diterima dengan tangan terbuka oleh wanita penyabar ini. kemenangan mula menjengah dan senjatanya hanyalah kesabaran dan keimanan...
wanita yang bernama Fatimah ini merupakan lambang kepada kesabaran yang utuh. dia juga adalah bukti, bukan manusia yang menjadikan kita kuat, sebaliknya Allah jugalah yang menjadi sumber kekuatan kita. manakala kesabaran adalah senjata dan perisai yang tidak ternilai hebatnya, ganjarannya juga masya-allah.. sungguh berpatutan.
suami Fatimah akhirnya menghembuskan nafas di rumah Fatimah yang satu ketika dahulu ditinggalkannya. sebelum meninggal, suaminya sempat meminta maaf di atas dosa silamnya yang mana telah pun dimaafkan oleh Fatimah. sekali lagi sabar adalah senjata....
kisah yang aku paparkan ini adalah sebuah kisah benar. wanita yang aku ceritakan ini adalah darah dagingku. dia ialah nenda kesayanganku. manakala suaminya ialah datukku. kisah cinta mereka kini hanya tinggal sejarah, tetapi kisah cinta nenekku dengan Allah tetap kekal dalam hayatnya, yang telah menjadi penyelamatnya. kesabaran nenek sangat tinggi. malahan dia adalah di antara wanita penyabar yang pernah aku temui.
dan aku? teringat aku kepada nyanyian Raihan. iman tak dapat diwarisi. begitu juga kesabaran. aku terlalu lemah. imanku juga tersangat nipis. aku berharap semoga aku akan belajar dan terus belajar untuk bersabar. malahan perkataan sabar ini ada disebut di dalam Al-Quraan yang mulia. Allah bersama orang yang sabar, dan mintalah pertolongan dengan sabar dan sembahyang.. dan itulah cara yang telah digunakan oleh nenekku. tetapi mampukah aku?....

mmm..
ReplyDeletename pun Fatimah ..
mane kesayangan nabi ..
name yg memberikan contoh utk sekian kaum hawa ..
wlu anak seorg pemimpin agung..
dan layak mendapat hamba sebanyak mungkin ..
tp dia rela membuat kerja2 dgn tangan dia sendiri ..
mungkin kisah Fatimah yg vee paparkan tu mempunyai sedikit semangat Fatimah puteri kesayangan nabi tuh...
tu yg semangat nye tinggi ..
satu kisah yg menarik ..
sekadar intro dari aby ..
nanti aby panjang kan lg....
still remember this story.. u did told me before.. I pray that I can be like ur grandma.. fara pun kerap di uji.. yang terkini.. semalam kreta fara accident again..kali ni major injury to my beloved G2.. kemek dpn belakang.. akak doakan yg terbaik utk fara erk..
ReplyDeleteaby,
ReplyDeletesabar itu pahit, tp hasilnya manis. semoga kita bole menjd sabar bila menghadapi dugaan. aby pun Allah dh pinjamkan umur agak lama, tentu aby dh jenuh mengamalkan sifat yg mulia ini.
fara,
tu pun dugaan tuh... sabar & ingat lah Allah byk2. minta dipermudahkan segala urusan. fara sentiasa di dlm doa sy..
TQ sis.. LURVE U SOOOO MUCH!!
ReplyDeletevee... bile bercakap psl kesabaran ni ...
ReplyDeleteianye tk lari dari 4 perkara ni ...
* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.
utk yg pertame tu rase ramai yg lulus ..
sbb rasenye ramai yg bersabar menunggu berpuase dari terbit dan terbenam matahari ..
gitu juge dalam solat .. masing bersabar mengerjakan dari takbir sampai ke salam ...
mcm kes fatimah yg vee paparkan tu ..
dan kemalangan farra tu ...
ianye dalam ketogori yg ke empat ...
gangguan2 mahluk halus yg pernah vee tulis tu dalam yg ke 3 ....
tp bile membicarakan yg kedua ..
rasenye ramai yg gagal ...
aby pun tk terkecuali ...
mudah utk mentaati yg di perintah ..
tp .. utk meninggalkan yg di larang ...
tu satu cabaran ..
memfitnah, mengata, pecah amanah, rasuah, bersekedudukan, buang bayi, pendera, minum arak. berjudi ... .... antare2 yg di larang.
tk mudah utk memenuhi ikrar kite kan ....
inna solati wanusuki wamahiyahya wamamati lillah hirobbil alaminn ...
sesungguhnye, solatku, ibadatku serta matiku hanya utk allah semesta alam...
utk fara ..
ReplyDeletebersabar dgn ketentuan allah ..
insyallah kite akan d gantikan dgn lebih baik lagi ..
kisah saye ..
thn lps saye pun kemalangan ...kete remuk ..
saye gune kete wf wktu tu ..
pstu kete masuk worksyop .. 2 bulan baru siap ..
dalam menunggu tu la masaalah ..
kete saye wf dan anak tk berani bawak ..
pastu wf terpaksa kongsi kete dgn anak ..
anak gi kolej pastu tu wf bawak gi keje ..
melihat masaalah tu, dgn rezeki yg ade ..
saye belikan kete lain utk wf ...
yg lebih selesa sementara menunggu kete tu d perbaik ... cume bile kete dah ok ..
kete jadi berlebih plak ..
tu yg kadang2 wf bercakap ... klu kete tu tk aksiden .. tk le gune kete ni .. kire mcm hikmah d sebalik satu kejadian ..
aby.. thanks.. betul tu.. fara sangat yakin dgn dugaan allah ni pasti ada hikmah yg tersembunyi.. Yakin pasti ada perancangan Dia yg lebih baik dari yg fara dok pikirkan..
ReplyDeleteapapun, insyaallah utk accident kali ke 4 ni..fara sangat2 redha.. xde rasa kesal atau marah..tak mcm yg sebelumnya, rasa gelisah .. takut..kerap mengganggu emosi.. Alhamdulillah..
To Kak D, Thanks to u sis.. ur my inspiration..kata2 azimat akak.. sering terdengar2 di telinga.. syukur kerana allah menemukn fara dgn sorang kakak yg sangat istimewa,.. lurve u sis
fara ..
ReplyDelete4 kali aksiden dalam tempoh berape lame tuu...
jenuh bayar insuran kete penuh jer la ..
salam Vee, akak tak nak komen bkn2. Lain orang lain pandangan dan matlamatnya dlm berpoligami. Selalu masyarakat akan mewujudkan satu label terhadap perempuan, tapi tidak lelaki wpun lelaki yang bersalah.
ReplyDeleteKita kena muhasabah diri selalu, jangan ikutkan perasaan dan nafsu. Ada yang mengikut nafsu wpun isterinya elok2 aje, ada juga yang punya alasan lain yang tak dapat diceritakan pd orang lain.
Akak suka lelaki ikhlas dan mahu meminta maaf atas kesilapannya serta mahu berubah dan bertaubat tapi akak benci lelaki munafik, di depan kita lain, di belakang kita lain.
Vee, life is full of experiences but some of the experiences might be an error. Takecare dik and be yourself.
tertarik dgn kate2 intan rh ..
ReplyDelete"Vee, life is full of experiences but some of the experiences might be an error."
aby pule menulis ...
"tp bile membicarakan yg kedua ..
rasenye ramai yg gagal ...
aby pun tk terkecuali ...
mudah utk mentaati yg di perintah ..
tp .. utk meninggalkan yg di larang ..."
dalam kehidupan aby..
aby bukan might be an error ..
tp ade buat error ..
tp ..
biar la an error tu menjadi titk totak,
utk mengingatkan kite selps kite berade d alam roh yg kemudian dipindahkan ke alam kandungan perut,
dan sekarang kite sedang menikmati alam permainan keindahan dunia, alam utk kite beringat .. bahawe selps ini ade alam kubur dan alam akhirat atau alam yg akhir .... sedang menanti kite ...
dan aby memperingatkan diri .. supaye mengelakan diri dari error2 yg telah berlaku ...
dan alhamdullillah ...aby d pertemukan tulisan yg banyak mengingatkan aby bertape pentingnye bekalan yg perlu di kumpul utk dibawa balik ke alam yg seterus nye ....
tq vee .. sedikit sebanyak tulisan vee banyak membantu aby dalam meniti jalan2 yg sedang d lalui ...
firman tuhan dalam surah ankabut ayat 64 ....
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (QS. 29:64)"
fara,
ReplyDeletengn sapa kita berkwn mgkn dh ditakdirkn. kita mgkn juga dh ditakdirkan utk menjd teman, sahabat serta adik beradik w/pun pertemuan hanya di alam maya.. tp ketetapan tetap ketetapan. oleh itu maka kita berkwn. sbg kwn & teman, sy bert/jwb menolong fara semana yg mampu. semoga kita akn terus bersama... :)
kak intan,
poligami x pernah salah. yg salah ialah yg mengamalkannya. kebetulan ajer nenek sy jd wife no 1, sy mmg x percaya kpd nombor atau kedudukan isteri2 yg bermadu nie sbg penentu kebahagiaan. berlambak wife no 2 dlm keluarga sy yg teraniya. nantila kak, kalo Allah izinkan sy tulis kisah poligami dlm keluarga sy & juga kedudukan isteri2 bkn penentu siapa yg bahagia siapa yg tidak mengikut pengalaman sendiri, apatah lg emak sy ialah isteri no 2. Insya-Allah n thx kak 4 ur support.
aby,
sy benar2 berharap apa yg sy tulis dpt dikongsi & kasi manfaat kpd org yg membc w/pun diri ini hanya seekor semut yg x ada apa2. t/kasih atas kesungguhan aby membc serta mengupas persoalan yg ada di blog ini... kwn2 lah yg kasi kekuatan utk sy juga ilham... t/kasih sekali lg.