madah berhelah?......



madah itu bg ku sesuai digunakan utk menyampaikan hasrat hati yg terpendam. itu sbb kena bermadah2... tp itu dari segi tutur kata.. bagaimana pula jika membabitkan perwatakan? & perasaan?

apakah perasaan kalian sekiranya ditakdirkan bertemu dgn seorang yg kurang upaya? jalannya tempang & x sempurna? tetapi perasaanya normal, mahu disayangi & menyayangi... mgkn atas sbb itu maka terciptalah madah olehnya, demi menyampaikan hasrat yg terpendam, krn ingin disayangi & menyayangi..

hmmmmmm..... aku x slhkan org yg aku maksudkan ini... kita bole jd x keruan tanpa kasih syg.. tp seeloknya jgn smpi menjd kudis & barah serta membunuh diri sendiri secara diam..

sekiranya hasrat & madah tidak berbls spt yg diharapkan bagaimana? sudah lah diri tidak sempurna, kehendak pula ditolak org.. aduhai.. malang sungguh..

atas sbb itu bg aku, sekali lg, kasih syg manusia jgn terlalu dikejar, krn x semua org sanggup menyayangi kita sebagaimana yg kita harapkn..

berbalik kpd sang kurang upaya ini td, disbbkan hati sudah terpaut, mahu menumpang kasih, maka diberikan madah yg mgkn berhelah, helah yg tidak berbau racun tp masih ada bahayanya dgn harapan yg sempurna susuk tubuh itu akn menerimanya 100%, awal perkenalan mungkin iya... ttp lama kelamaan bila semakin menjd2 kemanjaan diperlihatkan, maka yg upaya & normal susuk tubuh ini akn ketakutan pula..

oleh itu, moral kpd kisah nyata ini ialah.... kasih syg manusia usah diharap sgt, dikejar juga jgn.. krn manusia x akn mampu setia & mengasihi sesama makhluk dgn sempurna.

oleh itu, kasihilah Allah satu2nya.. kasih kpdNya membawa ke syurga, membuatkan kita rasa terpelihara & plg penting, walau ditolak oleh sesama manusia, kita tetap bahagia krn memiliki cinta yg Qudus, kekal abadi yakni cinta kpdNya...

aku benar2 berharap sang kurang upaya itu memahami permasalahannya, & pd akhirnya dia mesti menerima hakikat, dia harus mencintai Allah sebelum mencintai org lain, agar dia tidak mudah jatuh terjelepuk di atas lantai kehidupannya sekiranya dia gagal memiliki cinta sesama makhluk...

percayalah... lebih2 lg kurang upaya spt dia.. dia terlalu memerlukan kasih syg Allah utk menguatkan diri..

aku doakan lelaki ini bahagia & menemui cinta Qudusnya.. Insya-Allah & AMIN...

Comments

Popular Posts