siapa engkau?




aku tak tahu apa yg harus aku lakarkan.. tp hakikat tetap hakikat.

ketika aku menghadap Yang Maha Esa di atas sejadah, aku cuba sedaya upaya untuk mengkhusyukkan diri dgn cara membuang dunia dari diriku. mataku aku pejamkan sambil aku membc ayat2 lazim di dlm solat sbg puji2an buatNya. maka berhubunganlah seorg hamba dgn Khaliqnya sebagaimana lazim...

tiba2 aku merasakan sesuatu keganjilan. suasana sunyi td hanya dipecahi oleh bunyi kipas syiling yg berputar laju di atas kepala ku. tp secara tiba2 aku terdengar bunyi seakan2 sayap dikibas2 di atas syiling, x cukup dgn itu terdpt pula byg2 hitam di bahagian yg sama, serentak dgn bunyi sayap dikibas. waktu itu aku sdg berada dlm kedudukan Qiyam, hatiku berdebar.. masuk kali ini sudah 2 kali perkara ini aku alami.kali pertama pun pd waktu yg sama, iaitu mahgrib semalamnya...

aku cuba sedaya upaya utk bertenang & tetap khusyuk di dlm solatku. tp semakin lama ku rasakan kipas syiling yg kedudukannya berada di atas kepalaku ini makin perlahan putarannya, byg hitam itu pula makin dekat kedudukannya di kepalaku. Ya Allah.... apakah ini semua? sesungguhnya hanya Allah yg tahu apa yg sdg terjd, aku tidak brhenti bersolat sebaliknya aku teruskan juga smbl memohon perlindungan dari Illahi, aku tidak mahu berasa takut krn bg aku, takut hanya kpd Allah. & bkn dgn sesama makhluk...

tidak beberapa lama kemudiannya, apa yg aku alami itu hilang begitu sahaja & suasana menjd kembali normal...

aku akui solatku mmg terganggu.. & aku mohon kekuatan dari Allah bg menghadapi ini semua.. aku faham, selain dari manusia, Allah juga memiliki makhluk ciptaan lain. & aku harus akur akn kebenaran ini... cuma aku tetap memohon dariNya, agar aku dijauhkan dari apa yg tidak sepatutnya.. & aku memujuk hatiku, mgkn yg aku alami itu td adalah dtgnya dari haiwan yg bernama burung, yg tersesat masuk ker dlm rumahku & bertenggek di atas kipas syilingku.

aku memujuk hatiku sendiri... w/pun pd hakikatnya aku mmg merasakan ada perkara lain.. aku teringatkan beberapa peristiwa sewaktu aku kecil. aku pernah terdengar suara org memanggil & berbisik2 di dlm gelap sewaktu aku mahu tdo. & pd mlm lainnnya, sewaktu aku mahu tdo juga, aku ternampak byg hitam tiba2 melekap di tingkap bilik peraduanku, bilikku yg dari tdnya diterangi oleh lampu dari garaj kereta kini menjd gelap akibat di hempap oleh tubuh gelap di luar bilikku & plg menyentap, byg2 hitam itu mengeluarkan bunyi seakan2 menarik nafas panjang. aku hanya mampu terdiam, berbaring dlm keadaan mengeraskan bdn, tidak bergerak2... x lama kemudian byg hitam itu pun menghilang bersama lolongan & salakan anjing di luar sana. aku pujuk hatiku dgn mengatakan itu mgkn org jahat yg cuba mengintai persekitaran rumah.

hanya Allah yg tahu.. & aku hanya mampu berdoa semoga Allah melindungi aku dari golongan2 yg sentiasa mahu memisahkan aku dgnNya...

Comments

Popular Posts