Dugaan Cinta?
sejak kebelakangan ini, aku dihambat rasa rindu dan kasih serta sayang yang seakan tak berkesudahan. aku sentiasa merindui dia. haha.. aku rasa ini adalah ujian dari Allah... well... bagi aku... sejauh mana dan sekerap mana Kau mengujiku Ya Allah, cintaku hanya lah untukMU. memang aku akui aku menyayanyi dia, tetapi dia bukan tandinganMU wahai Tuhanku.
dugaan agak teruk memandangkan celik sahaja mata dari tidur aku terbayangkan dia, tetapi aku tak izinkan itu semua berlarutan aku lawan lantas aku bangun dari tilam usang ku ini aku bersila dan terus aku menggunakan jari jemariku berzikir tanpa henti, namaMu ku sebut berulang-ulang kali kerana Engkaulah keutamaanku dan bukannya dia yang satu itu... masih menguji? dengan senyuman aku terima ujianMu, semakin Engkau mengujiku dengan cinta si dia itu semakin kuat cintaku padaMU.. cintaku padaMu tak ada tandingan Ya Allah.. cintaku kepadaMu akan ku bawa sampai ke mati, tapi cintaku kepada kekasih manusia aku itu hanya di dunia sahaja..
inilah dugaan cinta.. semakin kuat cintaku diduga, semakin dalam cintaku padaMU... aku sememangnya lemah tanpa cintaMU, aku tidak boleh hidup tanpa kasih dan sayangMu... dan aku tercipta untukMU...
semoga aku terus kuat dalam menghadapi dugaan ini...

Comments
Post a Comment