Keadilan yang di cari, keadilan yang mendatangi..

ada yang kasihankan aku kerana merintih disebabkan menderita dengan layanan kaum keluargaku yang bersifat tidak adil. aku ada menyatakan isi hatiku yang terluka dengan beberapa insiden oleh mereka yang terbabit yang berlaku di teratak yang sederhana ini...
aku merintih sayu dengan sikap tidak adil orang-orang yang dengan begitu mudah melupakan jasa baikku dan pertolongan dari aku serta jerih perih aku membangunkan serta menghidupkan manusia di dalam rumahku.
yang pasti aku tidak pernah putus asa dengan keadilan Allah yang maha Esa. sepanjang tempoh pergolakan di rumah, aku hanya beserah kepadaNya. aku tidak henti-henti sujud dan memohon keadilan dariNya.
aku berpegang teguh kepada janji-janji Allah yang benar belaka, dan aku percaya kepada keadilanNya. bagi aku, jika aku benar, aku akan dibela... seperkara lagi untuk mengubat hatiku yang dukalara, aku sentiasa mendidik hatiku agar sentiasa ingat bahawa aku dikecewakan oleh manusia, dan mereka sememangnya tidak sempurna. oleh kerana itulah mereka bersikap tidak adil. yang adil hanyalah Allah SWT. apabila aku ingatkan begitu, maka hilang kesakitan hati dan kepayahan emosiku. begitu juga dengan dendam, langsung tiada..
Alhamdulillah mereka yang juga dahulunya seakan-akan lupa akan pertolonganku kini sudah mula mendapat "pulangan" dari kealpaan mereka apabila mereka dikecewakan oleh individu yang membuatkan mereka terlupa kepada kebaikan ku. ku fikir keadilan tidak akan ke mana, asal sahaja kita benar-benar ikhlas baik dengan sesama manusia juga dengan Allah. yang pasti ini adalah janji-janji Allah dan bukan kerana aku yang membalas dendam..
aku berharap semoga mereka yang terbabit mendapat pengajaran, sesungguhnya aku tidak pernah mendoakan penderitaan untuk kalian, sebaliknya aku sentiasa menyerahkan kalian kepada Allah..

Comments
Post a Comment