Kuat...
aku perlukan kekuatan untuk terus memegang amanah Allah. sekolah dah nak bukak.. aku kena berazam untuk memberikan khidmat yang baik, walaupun tak sampai ker tahap terbaik. aku akan usahakan.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...... berikanlah aku kekuatan. engkaulah sumber kekuatanku. berikanlah aku peringatan bahawa aku memegang amanahMu, iaitu pekerjaanku, yang juga merupakan kurnian dariMu.
2009 bakal berlalu. aku akui, aku memiliki sejarah hitam sepanjang tahun ini di dalam perkhidmatanku. aku tidak mahu ia berulang lagi. aku mahu buang semua sikap negatifku. aku mahu dibayar kerana penat lelahku yang teramat, bukan kerana ketiduran dan kelenaan yang tak pernah ada penghujung...
aku harus kuat.. sekuatnya.. semoga aku kuat...

Comments
Post a Comment