sakit!!!
penyakit aku datang lagi, iaitu susah nak kencing atau dalam bahasa saintifiknya kencing tak lawas...
penyakit ini biasa mendatangi kaum hawa mcm aku. aku syak kali ini aku didatangi oleh penyakit ini akibat aku suka menahan kencing. tidur pun dengan himpunan air kencing di dalam pundi kencing... sudahlah air kencing aku kadang-kadang doktor dapati kotor.. bermakna aku memang sengaja mencari penyakit...
bila aku kencing aku kena duduk dalam tandas setengah jam kadang-kadang bagi merealisasikan penyakit aku ini. bagi aku sendiri pandai cari penyakit sendiri lah yang tanggung. sekarang aku ambil langkah minum air banyak-banyak. aku rebus barley yang sahabat aku kirimkan dari ipoh. lepas itu dah tentu aku x lupa meminum ubat kencing tak lawas nie yang memang sentiasa stoknya ada dalam rumah aku.
tak apa... dugaan... akan aku hadapi.. Ya Allah Ya Rahim.. berikanlah aku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi perkara ini..

Comments
Post a Comment