sedapnya.....

pernah mencuba urutan refleksologi? aku ada mencuba baru-baru nie di tempat aku yang serba kecil nie.
tempatnya agak terpencil, di kawasan bandar lama, manakala bilik atau kawasan tempat urutan beroperasi boleh tahan ditambahkan dengan interior design yang cantik dan menepati minatku.
asal usul aku ke sana adalah disebabkan urat kaki aku membengkak. aku mencari harga yang murah ( sudah semestinya) maka aku ambil yang terpencil nie, kedua-dua belah kaki selama sejam dicharge RM35.00, diulangi kedua-dua belah kaki dan bukannya sebelah sahaja.
tukang urut semua perempuan. mula-mula kaki aku direndam di dalam air suam. sedap... masa kaki aku direndam, amoi cantik mengurut leher dan belakang aku pun sedap... lepas tu baru lah operasi urut mengurut bermula. mungkin aku jenis yang kuat sakit agaknya, amoi urut tapak kaki aku langsung tak sakit.. dia urut kaki aku pulak sedap ajer.. bila dia urut jari jemari kaki aku mak ai.. aku rasa geli semacam.. tapi semuanya sedap tak ada yang sakit.. bagi aku nak urut nie kena la sakit, baru ada thrill.. yer ker? atau aku yang salah? :)
lepas urut, ambil masa nak lega. tapi aku sendawa banyak-banyak kali. malam tu baru aku perasan, kaki aku agak ok la banding dgn siang tadi. tapi jadi spoil lepas tuh bila aku gatal-gatal menari salsa sorang-sorang dalam bilik. tapi so far so gud.. bulan depan ataupun lepas dapat gaji nie aku nak cuba lagi, tapi aku nak pegi tempat lain pulak, smpilah aku dapat cari tukang urut pompuan yg mampu buat aku rasa sakit... pelik tak?

Comments
Post a Comment