sabar lagi....

selepas kisah Fatimah, kini tiba pula kisah seorang lagi wanita yang bernama Aminah. Aminah adalah seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap, lebih banyak tersenyum dan mempunyai seorang suami serta 2 orang anak lelaki yang masih kecil ketika kejadian ini berlaku.
Aminah sebagaimana Fatimah juga diuji dengan ujian dan dugaan yang sama.. iaitu suami. mungkin juga sang suami turut diuji, dan turut dibisik dengan bisikan syaitan, maka terjadilah percintaan di antara sang suami dengan adik perempuan Aminah sendiri. di dalam agama Islam yang suci dan murni ini, adik beradik tidak boleh dimadukan. oleh kerana ingin melihat suami dan adiknya bahagia, Aminah redho lalu memberikan laluan kepada keduanya. mungkin dia akur, dia sudah pun menerima bahagiannya, maka sekarang bahagian adiknya pula.
keluarga ramai yang mencemuh tindakan Aminah. tetapi Aminah hanya tersenyum manis. seolah-olah tidak ada penderitaan dalam hatinya...Masya-Allah... kuatnya Aminah. disebabkan jodoh yang kuat dan juga telah ditakdirkan, bekas suami Aminah mengahwini adik perempuan Aminah. maka bermulalah dugaan dan ujian Allah ke atas hambanya yang bernama Aminah ini.
bekas suami mula melarikan diri dari tanggungjawab sebagai seorang bapa. anak lelaki 2 orang yang ditinggalkan bersama Aminah tidak dipedulikan. Aminah tetap tersenyum. tidak cukup dengan itu, adik perempuan Aminah yang kini menjadi isteri bekas suaminya membencinya tanpa sebab. tidak boleh melihat wajahnya atau tidak dapat menerima kehadiran kakaknya. mungkin inilah yang dinamakan ujian & dugaan. tetapi Aminah masih boleh tersenyum, dengan penuh kesabaran dia mendukung anak-anak lelakinya yang kecil, dibawanya ke rumah bekas suaminya dan adik perempuannya.
ramai ahli keluarga yang marah dengan perbuatan Aminah yang seumpama meminta sedekah. Aminah sambil tersenyum dan dengan suara yang perlahan memaklumkan, dia berbuat begitu kerana dia tidak mahu hubungan antara bapa dan anak terputus, juga dia tidak mahu perkelahian tercetus antara dia dengan adik kandungnya sendiri... walaupun adiknya itu enggan menerima kehadirannya. aduh.. inilah dugaan dan ujian... tetapi Aminah tetap sabar.
mungkin Aminah telah lulus ujian Allah, apabila di 1 hari yang cerah, selepas puas menderita keseorangan membesarkan anak-anak tanpa suami dan disisihkan adik sendiri, Aminah dipinang seorang lelaki yang bergelar dan berkedudukan. kaum keluarga yang kasihankan nasib Aminah menguruskan urusan perkahwinan maka rasmilah Aminah bergelar isteri sekali lagi. kali ini, sang suami yang baru bukan sahaja seorang yang berdarah bangsawan, malahan cukup budiman. menjaga Aminah dan anak-anak. Aminah juga dikurniakan seorang lagi anak lelaki. manakala anak-anak lelakinya yang terdahulu sudah membesar dan menjadi manusia yang berjaya Alhamdulillah dan lebih menarik, kedua-dua anak lelaki inilah yang memberikan bantuan kewangan kepada ayah kandung mereka yang meninggalkan mereka satu ketika dahulu.
emak borek anak rintik... kedua-dua anak lelaki ini tidak ada dendam kepada ibu saudara mereka, mungkin berkat asuhan ibu mereka yang penyabar. malahan melayan ayah kandung mereka dengan baik sekali, dan menyayangi adik beradik yang lahir dari perkahwinan kedua ayah mereka dengan ibu saudara mereka yang penuh pergolakan dan tragis. sesungguhnya kesabaran adalah tangga kepada kejayaan... yang penting jangan berdendam.
kehidupan Aminah dengan anak-anaknya yang penuh penderitaan dulu kini berbunga indah dengan kasih sayang sesama mereka. sewaktu menderita, Aminah memilih jalan kanan, berserah kepada Tuhan semesta alam dan berkat hatinya yang bersih dia tidak berdendam maka datanglah pertolongan dan rahmat buatnya, iaitu keadilan Allah. Allah kurniakan Aminah seorang suami baru yang cukup baik dan ikhlas. itulah ganjaran buat Aminah di atas kesabarannya. sesungguhnya sabar itu pahit, tetapi hasilnya manis.
sewaktu bekas suaminya dan adiknya berkahwin, dia menerimanya sebagai ketentuan Allah, yakni jodoh yang tidak dapat dielakkan. oleh itu dia redho. dan di malam yang sepi, sebagaimana Fatimah dia menidurkan kedua anaknya yang masih kecil, lalu dia keluarkan Al-Quraan dan di bacanya tanpa jemu, kemudian tangannya ditadahkan memohon kasih sayang yang agung dan abadi dari Allah tuhan yang satu...secalit dendam langsung tiada dalam hatinya.. zikrullah menjadi penemannya di kala kesepian. hanya Allah lah penghibur hatinya.. dan kesabaran senjata baginya.
Aminah dan Fatimah adalah adik beradik kandung. kedua beradik ini diuji oleh Allah dengan ujian yang sama, iaitu suami. hanya berlainan cara. dalam erti kata yang lain, Aminah ialah nenda saudaraku. kedua beradik ini mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. aku tidak tahu sama ada aku mampu atau tidak menjadi seperti kedua orang nenda ku ini. kebetulan sangat, kedua beradik ini diuji dengan perkahwinan dan lelaki. aku terlalu ingin memfokuskan kepada tahap kesabaran mereka, dan tidak mencari kesalahan sesiapa. sehingga kini aku tetap tidak memandang hina kepada rubiah, nendaku yang mengahwini bekas suami kakaknya sendiri, bagi aku, itu adalah jodoh. yang penting, apa guna kita berdendam, berebutkan manusia yang bersifat sementara sedangkan Allah jualah yang kekal abadi? oleh itu aku bertekad mahu mengambil iktibar dari kisah nenda ku Fatimah dan Aminah, untuk bercinta dengan Allah dan taksub hanya kepadaNya dan bukan kepada sesama makhluk... Insya-Allah kita akan selamat ( tapi mampukah aku?) .. dan aku cuba juga untuk menceduk kesabaran kedua beradik ini walaupun aku rasakan sukar... sesungguhnya aku umpamakan seorang bayi di dalam bidang kesabaran ini.. masih merangkak dan bertatih.. dan semoga aku terus merangkak sebelum berjalan dan berlari tanpa jemu... sabar lah dan sabarlah lagi... sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

vee..
ReplyDeletedalam permulaan surah albaqarah, lps alif lam mimm ..
tanzilali kite bula ..... maksud nye ,
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;.....
sbb bile datang kesulitan .. allah minte kite bersabar mcm kt ayat akhir surah ali imran ...
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
bile kite dizalimi dan diceraikan dlm rumah tangga ..
kite pun dibolehkan berdoa utk dapat penganti yg lebih baik ....
mcm kt surah tahrim .. ayat 5,
Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara.
ngitkut ustaz .. surah ni boleh d gune pakai baik isteri atau suami ...
yg pasti... pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan ...
insyallah.. allah menurunkan ketenangan atas atas mereka ...
sekadar intro ....
ya Allah kak.. kuatnya ujian dia.. tp setiap dugaan pasti ada hikmah yg tersembunyi..yg pastinya setiap dugaan, ada kemanisan yg Allah janji kan.. :)
ReplyDeleteaby,
ReplyDeletemasya-allah byknyer infos yg aby tuliskan tuh... very useful. those ayats adalah penguat. i do believe tht Allah is the most just, n fair. bila kita dizalimi, kita ada Hakim yg maha adil & saksama & also the best "lawyer"... Dialah satu2nya... yg hak pasti mengatasi yg bathil. kesabaran adalah cabangnyer. thx aby..
fara,
yer mmg betul.. kebetulan sgt Allah pilih dua beradik nie diuji dgn benda yg sama. alhamdulillah dua2nya kuat. moga kita bole jd cam 2 nanti.. be strong & bertabah la.. mintalah pertlgn dgn sabar & sembahyang, sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar...
kata2 vee....
ReplyDelete"dan aku cuba juga untuk menceduk kesabaran kedua beradik ini walaupun aku rasakan sukar... sesungguhnya aku umpamakan seorang bayi di dalam bidang kesabaran ini.. masih merangkak dan bertatih.. dan semoga aku terus merangkak sebelum berjalan dan berlari tanpa jemu... sabar lah dan sabarlah lagi... sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. "
vee..
kate org.. klu nak tau mcm mane rase durian .. kite kena belah sendiri n makan isi durian tu ..
baru boleh tau bagai mane rasenye .. tk boleh menghayati rasenye hanye dengan menengok buah durian tuh .. membelah duian ni sendiri dah bg satu cabaran .. kene berhati hati dgn durinye .. tu blm isi2 nye .. mane nanti ade yg keras, busuk, berulat dan pasti ade yg elok juge utk kite merasai sedap nye ...
gitu la dengan hendak menceduk kesabaran 2 beradik ni ..
mestila masuk ke alam yg same .. membesarkan anak2 .. baru dapat menceduk erti satu kesabaran ..
kesabaran dari kerenah erti seorg yg bergelar suami, kesabaran dgn kerenah anak2 .. kesabaran dgn perangai ipar duai dan mentua ... yg yg paling penting .. dapat merasai sakit perit ibu bape kite membesar kan kite ...
contoh aby sndiri ..
bile anak sulung aby kt kojel ni ... mcm2 yuran yg nk kena bayar .. yg dia tau hanye mintak .. kite cume sediakan ... maka teringat aby mase zaman belajar dulu .. asyik minta dgn org tua .. org tua tk komplen .. dia sediakan ape yg aby nak ... sekarang aby rase erti pengorbanan seorg bape terhadap anak2 nye ..
apetah lagi adik beradik aby sendiri 12 org .. pastinye pengorbanan org tua sangat la besar ...
apepun vee...
dalam perjalanan hidup, tk kire kite hidup sendiri atau berkeluarga .. yg penting dalam menjage keperibadian kite, jage, gune dan hargai nikmat allah bile allah swt anugerahkan mate, telinga, hati dan akal... Gune la mate utk melihat yg baik, bukti2 keesaan tuhan, gune telinga utk mendengar dan ajaran dan nasihat yg baik, gunekan mate hati utk menilai perbuatan kite supaye tk menyinggung kwn2 atau sedara yg lain .. gunakan akal dalam mempertimbangkan sesuatan perbuatan ... sesungguh nye akal ni la yg membezakan antara kite dan haiwan ...
dan akal ni la yg akan menjage dan akan membimbing kite ke jalan yg di redai allah swt dan sekali gus menempah satu tempat d jannahh ...
firman allah dalam al a'rof ayat 179...
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
amboi aby.. bg sy x perlu tunggu jd isteri utk sabar. maksud sy dlm konteks mendptkan kesabaran spt 2 beradik nie ialah dlm aspek kehidupan tanpa mengira status. mcm sy, celik mata abah dh x ada, pernah menganggur, jd kuli org dimaki dihamun semata2 nk dptkan sesuap nasi, prnh sy kerja dgn jumlah gaji sebanyak RM 397.25 sebulan. masa 2, sy selalu jdkn nenek sbg slh 1 dari sumber kekuatan. Allah itu adil... derita & ujian yg dia beri kpd hambaNya, berat tanpa mengira status. isteri cara isteri ujiannya, anak dara berkarat cam sy nie lak diuji ngn cara sy ceritakan td... harap aby phm maksud sy 2.. dlm erti kata lain, Nur yg ada tu dijdkan sbg saluran utk mendptkan kesabaran. & segala2nya berpunca dari Allah semata2. Dia lah zat yg menghilangkan dukacita. hanya dh jd takdir, kedua beradik nie diuji dgn perkahwinan. aby lum dgr lg org lum kawen, diuji kdg2 teruk dari org yg dh kawen. harap aby phm yer..
ReplyDeleten thx 2 those suras. baguz la. i luv them all. keep it up...
3 hari lps kucing maine coon aby yg umo 5 bulan tu jatuh dari tingkat atas ke lantai .. berdarah mulut mase bdn dia terhempas kt lantai tu .. trus nadia bawak pegi klinik takut ade internal injury.. ia lah .. kacukan kucing liar yg baru 5 bulan .. memang hyperaktif betul . tu yg sampai jatuh bedebok ...
ReplyDelete2 hari lps plak mase aby buat tugasan kt atas bumbung hospital .. kerja ambik gambo jer .. dalam dok meniti kt kayu2 siling .. tertiba kaki tergelincir .. apelagi .. terus teperosok ke bawah sbb siling dah reput .. nasib baik ade kayu siling yg buat aby tersangkut .. tp sakit nye dari jatuhan tu .. mcm nak pitam tk atas tu ... yg menarik nye bawah siling tu doktor2 tengah buat tugasan .. tetiba depa nampak kaki terjulur dari siling ... panik2 doktor tu ... takut jatuh menimpa depa ..
lps turun tu.. sume doktor tanye .. aby ok tk .. perlukan utk rawatan atau x ray .. tp semangat laki .. aksen la .. aby kate ok jer ..
tp bile kt bawah n datang sakit nye .. bru terase .,, tk leh bawak kete .. mlm tu baring jer la kt katil .. siap demam lg ..
memang mcm kene penangan betul ...
sampai sekarang jln masih tertengkot tengkot ...
sabar jer la bile wktu2 gini ....
sori vee ..
ReplyDeletetulisan aby lari topik arini ...
x per la aby, i like it. meriahkan keadaan... hehe..
ReplyDeleteSungguh tabah Nenda Vee ,Aminah.....
ReplyDeleteBukan calang orang dapat melalui perjalanan hidup seperti itu...
yer mie.. kdg2 keh pk, org2 camnie x ada perasaan. tp biler pk blk... deme jd gini sbb terlebih perasaan, terlebih sygkan Allah & RasulNya.. pendek kata dlm hati ada Allah.. tu sbb kuat sgt semangatnyer weh.. x dpt keh nok buat gitu..
ReplyDelete