derhakakah engkau?
syurga seorang isteri ialah pada suaminya... oleh itu, adakah dibolehkan seseorang isteri itu menderhaka kepada ibunya? kerana syurga sudah bukan lagi berada di tapak kaki ibunya....

aku bingung memikirkan apabila seorang wanita yang berstatus isteri, menghadapi masalah apabila suaminya yang juga seorang penagih dadah tidak disukai ibunya. ibunya meminta supaya wanita ini menasihatkan suaminya, juga jangan terlalu percayakan suaminya.
dan wanita ini pula, tersinggung dan menjadi baran yang teramat apabila mendengar apa yang dicadangkan ibunya. maka terjadilah pergaduhan besar-besaran antara kedua beranak, yang mana si anak perempuan ini membentak dan menghempaskan pintu di hadapan ibunya. tak cukup dengan itu, wanita ini juga mengelarkan ibunya berhati busuk dan dia juga sudah tidak ada apa-apa perasaan terhadap ibunya itu. baginya syurganya ialah suaminya, dan dia wajib mendengar kata-kata suaminya...
persoalannya.. adakah disebabkan syurganya sudah berpindah, maka dia dibolehkan untuk bersikap dan berperasaan begitu kepada ibunya? terus terang aku katakan, aku ngeri yang teramat. nak dikatakan ibunya jahat, memang ramai yang mengetahui kegiatan suaminya, manakala suaminya pula licik, segala kegiatan disembunyikan apatah lagi wanita ini pula sangat-sangat percayakan suaminya.

dari kejauhan, aku hanya mampu berdoa semoga Allah menunjukkan kebenaran, yang mana satu yang hak dan yang bathil. aku percaya kepada keadilan Allah mengatasi segala-galanya, cuma aku harap, sekiranya ibunya berada di pihak yang benar, wanita itu hendaklah bertabah menghadapi kebenaran kerana tak mustahil sekiranya syurga yang diagung-agungkan itu adakalanya boleh bertukar menjadi neraka...
nauzubillah...

tau sangat perangai penagih dalam berumah tangga ni .. ade seorg kwn .. umo dekat 60 .. dah pegi haji .. cucu pun berderet .. masih bercampur dgn budak2 mude n menghisap lagi .. lbh mengharukan kadang2 dia gi tempat keje anak dia utk mengetok rm dari anak dia ..
ReplyDeleteyg menarik .. perkahwinan dia masih bertahan sampai sekarang ... rasenye wf dia ni mempunyai kesabaran yg amat tinggi la ...
interesting story from ur side la aby. but this woman, dia mati2an kata suami dia dh clean 100%. bule caya ker? n family woman nie smpi skrg x leh accept her husband sbb kegiatan dia. dh 2 camner?
ReplyDeletevee..
ReplyDeleteback to the story ..
wlupun syurga d bawak tapak suami..
tp perlu d ingat pertalian antara suami dan isteri dan hanya la d air liur atau sekeping kertas dan sekarang dgn hanya nilai 5 sen pertalian suami isteri boleh d putus ..
dgn satu lafas .. aku ceraikan kau .. atau sekarang tk payah lafaz, anta je sms. boleh abis pertalian suami isteri tu .. koyak kan sijil nikah tu .. pun mcm dah tk bersuami isteri.
tp pertalian dgn .. sampai ke kubur pun masih berbin atau berbintikan ibu .. mungkin kwn vee tu masih kuat .. dia boleh melawan ibu dia ...
tp dia akan tua juge dan akan ade akan ... klu sekarang dia buat ibu dia gitu satu hari nanti anak dia akan buat gitu juge kt dia ..
tuhan maha adil ...
psl yg kwn tk nak dengar nasihat tu ...
biarkan jer .. org dadah ni .. kebarangkalian utk kene tangkap dgn polis sangat besar ..
biarlah undang2 yg mengajar ..
wktu tu baru dia akan menyembah mak dia ..
kak d: tp kesian kan, org gini..kerana suami sanggup ketepikan ibu.. Ya Allah, rasa sebak sgt..
ReplyDeletefara ...
ReplyDeleteklu hidup kite ketepikan ibu ..
kite akan jauh dari rahmat allah swt..
aby & fara,
ReplyDeletethx 4 ur feedback.
berita terkini, my fren nie ngadu anak dia dh mula melawan dia. anak sulong dia nie refuse 2 stay with her n hub, sebaliknyer memilih utk stay ngn nenek & atuknya. dia risau sbb kat umah tu ada adik pompuan dia yg wild sket. so skrg dia dpt tau anak sulong pompuan dia nie rancak sgt bergaul ngn mak sedara dia nie. even mak sedara dia pi dating ngn bf habis diangkut budak nie. my fren mmg x suka keadaan nie tp anak dia x nak blk umah dia....
mmg bertimpa2 masalah dia nie n mcm endless...