hadiah....



sempena Hari Guru baru-baru ini, aku mendapat beberapa hadiah dari anak-anakku. aku tak pernah meminta. mereka dan emak-emak mereka sukarela ingin memberi. hadiah silih diberi oleh sebahagian dari anak-anakku. setiapkali hadiah diberi, aku ucapkan terima kasih dan aku doakan semoga mereka dan keluarga murah rezeki.

nak dijadikan cerita, ada juga yang ibu bapa mereka tak belikan hadiah untuk aku agak terliur mahu memberikan aku hadiah. seorang anak perempuan di dalam kelasku menghampiriku, dan memberitahuku, hari esok ibunya akan membelikan aku hadiah iaitu sebatang pen. mendengarkan itu aku memberitahunya supaya jangan memaksa ibu membelikan itu dan ini hanya semata-mata hendak menyertai kawan-kawan yang lain.



aku juga maklumkan kepadanya, aku hanya hendak dia dengar cakap aku dan patuh pada undang-undang kelas dan siapkan kerja-kerja yang diberikan, itu dah jadi hadiah buatku. selepas itu aku dah tak dengar lagi makluman darinya berkenaan hadiah sebatang pen untukku. kalau tidak... dia akan mengumumkan rancangannya beberapa kali. penat juga mendengarnya. lagi satu, aku tak mahu dia menyusahkan ibunya.



ini membuatkan aku terkenang zaman kanak-kanakku. bila tiba Hari Guru, wajib aku belikan hadiah buat guru-guruku. tasa teruja, rasa gembira, rasa mengada-ngada semua ada. guru-guru aku tak pernah minta, aku yang teringin, apatah lagi tengok kawan-kawan sibuk membeli dan memberi, aku pun teringin juga.



walaupun guru bukan malaikat, malahan ada yang agak tersasar pendiriannya dan melakukan kesalahan juga, yang pasti anak-anak memang teruja dengan aktiviti yang sebegini. bagi aku pula, yang penting ialah keikhlasan. buat anak-anakku, terima kasih....

Comments

  1. vee..
    anak aby yg jee tu teringin sangat nak tengok aby pakai tali leher ..
    selalu klu gi shoping cmplek ..
    dia mesti minte aby beli tali leher ..
    kate nye .."nak tengok papa pakai"
    tp kerje aby bukan yg jenis pakai tali leher ..
    cume kerje yg comot ... so tk perlu la tali leher ..
    so... aritu mase nak beli hadiah utk teachers day .. aby bagi duit kt nadia suruh dia bawak2 ketiga tiga adik dia tu belikan hadiah ..

    n si jee ni .. beli tali leher ..
    aby tanya ,, "utk sape tali leher ni"
    kate jee, "utk ustaz " .. aby tanye lg ..." berape harga" kate jee" rm 20 " ..
    senyum sendiri bile aby dengar harga tu ..
    dalam hati berkate, ... mahu ke cikgu datang sekolah dgn tali leher harga rm 20 ...

    hahhh...

    ReplyDelete
  2. ustaz 2 mgkn x mo, tp sy rembat abis apa anak murid sy kasi, pen 80 sen pun sy bwk pki ker kelas. yg penting, ikhlas. pernah masa ngajor di sek menengah agama, seorg murid sy hadiahkan sy gelang buatan sendiri, dia buat pki benang. n very creative. kalo jual gamaknya x ada rega... sempoi sgt. sy pki gelang 2 bwk ngajor. sbb apa aby? dia sulam nama sy ngn nama dia. yg penting kasih & syg kami bertaut padu sbg guru & cikgu. rega? status? gaya? keunggulan? bak kata iklan DUNHILl sy tolak ker tepi, yg penting anak murid sy tu ( pompuan) terharu sgt2 bila dia nampak sy pki gelang buatan sendiri. tu yg penting. bkn nk puji diri sy baik yer aby, tp sy mmg jenis sempoi n habat. tp bkn hebat.

    ReplyDelete
  3. stuju dgn vee ..
    bukan harga barang yg jd ukuran ..
    tp pemberian sebagai ingatan lbh tinggi nilai nye .. aby pernah dpt penanda buku dan lidi penunjuk .. dua2 nye masih tersemat elok di quran yg aby bace .. mungkin tk mahal harganye .. tp klu elok kite tempatkan ..bende tu akan d anggap istimewe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts