hikayat si tukang urut...



amalan aku setiap bulan ialah melakukan urutan tapak kaki. aku lakukan kalau ada masa sebanyak 2 kali sebulan. kalau tidak pun sekali sebulan. aku gemar menjalani urutan tapak kaki kerana aku sukakan rasanya yang sakit. aku suka menikmati kesakitan sewaktu tapak kakiku di "kerjakan" dengan kemahiran manusia yang juga satu anugerah Allah. aku akui, sakit memang sakit, tetap hasilnya berbaloi. selepas urutan, aku berasa segar. darah pun berjalan lancar dengan izin Allah.



tempat aku biasa menjalani urutan ini ialah di sebuah kedai urutan di bandar aku yang serba kecil ini. ada empat tukang urut semuanya, semuanya warga asing, bukan bangla, bukan indonesia, tetapi warga China yang boleh sedikit berbahasa melayu, memiliki jari yang kuat bagaikan kayu. paling aku suka... semuanya sejenis denganku, perempuan. pembantu tadbir bagi kedai urutan ini juga perempuan, cantik dan comel. kali pertama aku bertemu dengan salah seorang dari mereka, aku bertanya kepada si tukang urut dengan bahasa isyarat sambil menyebut " malaysia?" dan perempuan si pembantu tadbir itu terdengar lalu dia menjerit " saya orang sini lah! kenapa? awak ingat saya org negeri China meh?"



dan kalau ada mereka berdua ini di dalam kedai, maka adalah kawan berborak aku. kalau tak ada, aku dengan si tukang urut akan jadi ayam dan itik, bercakap tak tahu apa, bertukar-tukar senyum dan ketawa. si tukang-tukang urut ini walaupun tak tahu berbahasa melayu, tapi ramah teramat. aku cuba berbahasa kantonis dengan mereka tetapi mereka tidak tahu pula. hanya mandarin. manakala aku pula memang angkat tangan dengan bahasa mandarin. akhirnya kami jadi ayam dan itik.



perkhidmatan? memang memuaskan. aku gembira di sana. cuma yang tak sedapnya, ada segelintir kedai-kedai urut sebegini dijadikan tempat pelacuran. di bandar aku ini, belum dengar lagi kes begitu... aku harap janganlah...

aku seronok dengan salah satu dari nikmat Allah ini. aku juga sudah berkira-kira hendak mencari tukang urut tempatan. aku sudah dapat, tapi masalahnya dia lelaki... aduh.. bagaimana ya...

Comments

  1. i do like that therapy .. besh kan kak .. anyway, miss u soooooooooooo much <3

    ReplyDelete
  2. rase mcm best jer ..
    tunjuk la kt aby .. blh aby cube .. hu..hu..

    aby klu urut kt sini senang jer ..
    bayaran nye rm 2 jer ..
    duduk kt kerusi urut Ogawa yg ade tersedia kt shoping komplek .. lps tu terase la besi tombol bagaikan jari jemari memicit micit belakang aby ..
    arghhh....

    ReplyDelete
  3. fara,

    fara ada buat x urutan 1 badan? katanya sedap sgt2. nak gak la buat tp segan lak.. bdn kita nie byk sgt duit siling la... camner yer..

    aby,

    carikla tukang urut kaki tempatan. kebanyakan diaorg lelaki. lg senang...diaorg bole berbhs melayu, bole terangkan sakit yg kita hidapi, compare ngn amoi2 cantik yg sy punya nie. diaorg nk trgkn x bole sgt.. sbb BM x tau betul2. kalo cuba terangkan gak jd mcm robot berckp.. cthnyer " usus tak baik.. no gud!" itu ajer.. tp mmg cantikla diaorg 2.. tp sy sedikitpun x tergoda... awwww...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts