senangnya... betul ker?



emak saudara aku pernah memarahi aku sewaktu aku berbelah bahagi sama ada hendak atau tidak menjadi guru. antara leterannya yang aku ingat sehingga kini " apa susah jadi cikgu? pergi pagi mengajar tengahari balik rumah, kerja sekerat hari". wah... hebat...

mujur sekarang emak saudara aku yang satu itu tidak tinggal bersamaku. kalau tak, pening kepala dia kerana impian beliau ialah, cikgu hanya kerja sekerat hari. tak lebih dari itu... tapi kalau dia hadir di dalam hidupku minggu-minggu yang sudah, dia tentu akan hairan kenapa pulak cikgu kerja sampai ke malam.



manakan tidak, tugas aku tidak hanya di kelas. sebagai seorang kakitangan jabatan, tugas aku bukan setakat mengajar. apatah lagi bila daerah aku dipertanggungjawabkan menjadi tuan rumah bagi aktiviti peringkat negeri, mana boleh goyang kaki? pagi pergi mengajar, petang mengejar tugas-tugasan yang sudah diagihkan. aku dan kawan-kawan sejawatan bekerja sampai ke malam, bersama pegawai-pegawai dan tak ketinggalan pengarah yang sangat-sangat komited dengan tugas dan tak tahu apa itu istilah goyang kaki.



sudah habis aktiviti negeri, aktiviti daerah menyusul yang hadirnya setiap bulan. mesyuarat dengan pegawai, mesyuarat dengan ibu bapa, menyiapkan laporan, menyiapkan minit mesyuarat, menghadiri bengkel demi bengkel, mengendalikan seminar & majlis, menyediakan alat bantuan mengajar. yang nak diajar bukan budak besar, tapi budak kecik, mana boleh hanya cakap mulut sahaja, mesti ada aksi, mesti ada lagu, mesti ada contoh maujud depan mata... nama pun budak, lain lah budak tingkatan 5... sebut sahaja terus faham...



emak saudara aku tak tahu itu semua... yang dia tahu kami cikgu mengajar sekerat hari. tika dan saat ini aku baru sahaja dapat bernafas lega kerana amanah baru selesai. 2 minggu lagi cuti sekolah, tapi siap sedia sahajalah untuk dipanggil berkursus,bengkel & menyiapkan fail. semoga aku kuat dan ada tenaga. & ketahuilah wahai ibu saudaraku, bukan setiap hari kami bekerja sekerat hari, walaupun bukan setiap hari kami bekerja sampai senja.. pulang dari bekerja, tanggungjawab di rumah pula menanti.



apa-apa pun, amanah tetap amanah, tanggungjawab tetap diutamakan.. kalau tak bekerja, lagi sakit, jiwa merana sebab pandang dinding 24jam!!!!!

Comments

  1. guru pekerjaan yg mulia sis..x semua mampu memikul tanggung jawab tersebut. :)

    ReplyDelete
  2. mie ..
    cabaran yg di imbangkan dgn ganjaran cuti2 yg panjanggggg ...

    cuti yg tk terjangkau dgn kerjaya2 yg lain ..

    kire masih best keje cik gu ...

    tk gitu cikgu vee

    ReplyDelete
  3. fara,

    ajar budak besar ok lg.. ajar budak tecit.. berak diaorg pun cikgu basuh.. tp tetap bersyukur dgn rezeki & amanah yg diberikan.

    mie,

    biasa la , seme benda mmg ada cabaran. mie lg la.. peniaga.. moga mie terus sukses...

    aby,

    cuti pun kami kerja gak. ada yg kena kursus, ada yg kena seminar n bengkel.. malahan kami dh kena peringatan oleh pegawai, jgn berjln ker mana2 this coming cuti... means ada kursus la 2. kerja gak 2 kan? walaupun x nafi.. x sokmo kami kursus tp x sokmo jugakla kami bole bercuti panjang aman & damai serta bahagia.. lain kementerian lain caranya..

    ReplyDelete
  4. alahai ...
    kene kursus ke cuti ni ..
    aby plak dah booking utk holiday ..
    satu pulau kt trengganu .. ambik package snokerling .. insyallah .. biasela bulan jun ..
    bulan besday aby ..yg best .. percutian tu mase besday aby ... hu..hu..

    ReplyDelete
  5. utk info ..our new persian kitten, Remeo, mati 3 hari lps .. berjujuran air mate wife n anak2 keluar tengok romeo mati ni .. free nanti aby paparkan kt blog

    ReplyDelete
  6. lahai.. apsal? umurnyer x panjang mcm si bubble. tumpang sedih la kalo gitu... psl kursus tu jeng3x.. bersiap sedia menunggu nama kot2 dipanggil. kalau x dipanggil, bersiap sedia menyiapkan tugas2an yg terbengkalai atau yg bakal dibuat... naziran nk mai... huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  7. salam dik, akak mmg tak minat jd cikgu sbb akak rasa akak mmg tak mampu nak berdepan dgn budak2 sekolah setiap hari..tapi akak minat kalau dapat bercuti panjang..hehe

    ReplyDelete
  8. wsalam kak intan,

    akak mgkn x minat jd cikgu tp akak x tau akak jd cikgu secara x rasmi pd org lain. sy la org 2. sy berguru secara x lgsg ngn akak selok belok blog. kan dh terbongkar rahsia? hehehehe...mintak halal juga la yer kak ilmu2 tuh. TQ very much..

    ReplyDelete
  9. guru2 blog pun kene wish juge yer ...
    ha..ha...

    klu gitu aby pun kene wish TQ kt yg ajar aby buat blog ... terutame yg tolong cantikan blog aby ..

    hu..hu...

    TQ very much ....

    ReplyDelete
  10. yg terbaru ..

    Remeo dah ade penganti ...

    2 ekor

    seekor Persian Exotic kitten flat face name jackie chan ..
    seekor lagi .. persian Dewase ..
    aby bagi name .. Shah Rukh Khan ...SRK ni aby yg bagi name .. sbb persian baru ni, mancho ..
    baru 3 hari kt umah .. kwn anak aby anta persian betina dia utk mengawan ...
    persian ni pun lawa juge ... boleh la aby bagi name kajol ..
    hu..hu..

    ReplyDelete
  11. nak view gmbo SRK, jackie chan n kajol ..
    aby dah paste gmbo2 kt tepi blog tu ...

    jgn jeles tengok jackie chan tu yer ..
    hu..hu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts