mimpi

aku bermimpi malam tadi. aku bertemu dengan beberapa ekor haiwan, yang sebenarnya kucing, tetapi besar seperti anjing, rupanya dan perwatakan bagaikan beruang kutub. dalam mimpi tersebut, aku memang rasa tak sedap hati bertemu dengan haiwan-haiwan ini. tak tau mengapa.



kemudian aku lihat kabus meliputi kawasan yang kononnya rumah kediamanku dan beberapa jiranku yang lain, kawasan tersebut berwarna putih diselaputi kabus, pokok-pokok juga ada menghijau kemudian di sebalik rerumput hijau ada pula seolah-olah cendawan tiram yang besar seakan-akan mahu tumbuh. tapi tumbuhnya bukan sebatang, tumbuh dalam bentuk helaian kelopaknya yang umpamakan tiram.



aku betul-betul rasa tak sedap hati di dalam mimpi itu... ketika aku melihat kabus menyelubungi keadaan persekitaran, aku mula bertekad mahu mencari Allah tuhanku untuk perlindungan. kemudian aku pun terjaga..



masya-allah... aku segera berlindung dengan Allah. aku termenung sejenak... firasatku mengatakan mimpi ku ini adalah peringatan. berkenaan amalan-amalanku. aku tidur di kala maghrib, satu perkara yang tak sepatutnya aku lakukan. kemudian aku tidak mandi terlebih dahulu. aku bangun pada jam 10 malam. memang sekarang aku tidak boleh bersolat, tapi tetap tak elok tidur di kala maghrib...



lalu aku mengucap, aku segera bangun. aku mandi dan mengambil wudhuk. aku mendengar bacaan surah Al-Baqarah sambungan dari semalam. kemudian aku berzikir. aku berdoa memohon keampunan Allah. tak sepatutnya aku gunakan waktu keuzuranku ini sebagai alasan untuk tidak menginggatiNya. tidak hairanlah jika di dalam mimpiku, aku dikunjungi haiwan yang kononnya kucing, tapi sebesar anjing, berperwatakan beruang kutub. seolah-olah aku hanyut dalam duniaku sendiri.



manakala kabus pula, dan cendawan tiram sebesar saiz gergasi tumbuh di atas rumput seolah-olah tempat tinggalku bakal bergoncangan tanpa pendinding, iaitu kalamullah atau ayat-ayat Al-Quraan & zikrullah...



maha suciMu Ya Allah... aku berlindung di bawah naunganMu.. ampunilah aku kerna terleka dan terlalai.. semoga aku tidak terleka lagi..

Comments

  1. nasib baik hnya mimpi ..

    klu terjumpe haiwan yg mcm vee sebutkan in real life tu mcm mane agaknye ...

    mau lintang pukang larinye ..

    apepun bersyukur kite kt allah swt..
    kerana masih dpt meneruskan kehidupan selps tido kite ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts